Friday, February 1, 2013

exam year 3 sem 1

Alhamdulillah presentation nursing theory dan nursing informatic dah habis..bermulalah study week..
study week for only 3 days??what??ok la tu..tak payah lama-lama sebab tak sabar nak balik kulim. I miss my family so much.. 2 bulan stgh tak balik rumah..
my first study week is with my group members farah, lukman, kak pah, atiqah, ayu..they all are osem.. terima kasih semua.. insya Allah berkat doa kita dan usaha kita, kita akan peroleh kejayaan yang cemerlang..
BUT..
I always pray that kita kan peroleh kejayaan yang sebenar iaitu:

Jannah!!

Sebelum study, betulkan niat,  baca doa, dan mulakan dengan bersemangat.. tapi sebelum kami berkumpul, kami diberi tugasan masing-masing untuk dibaca,dan faham. sewaktu study group, orang tersebut perlulah menerangkan subject itu.. banyak sangat dapat.. prinsip kami, 'study bukan untuk lulus exam' ..

our presentation in nursing theory get no comment at all! komen juri, 'good, simple dan penerangan yang jelas' alhamdulillah... this is the most pressure time for me..
our nursing informatic pulak, we present only 10 minute instead of 20 minutes that given by lecturer.. I am simple person..
semoga Allah kira ini sebagai ibadah..
amin..

Friday, January 25, 2013

Solat Hajat 25 jan 12013

perkongsian dari tazkirah pendek majlis solat hajat tadi..
alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan dipilih oleh Allah utk berjemaah bersama-sama dengan rakan-rakan seangkatan.. jelas tujuan hanya untuk mengejar keredhaan Ilahi

-ramai/ berjemaah membawa kepada berkat dan makbulnya doa tersebut.

-antara sebab-sebab doa ditolak adalah kerana maksiat yang dilakukan.antaranya maksiat mata yang sangat susah untuk dijaga.


“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)


ayat ni ayat suruhan kepada lelaki dan wanita ye..jangan tengok aurat berlainan jantina. marilah kita bermujahadah melawan nafsu..dush syaitan!! (*to syaitanss, padam muka kau)

-selain itu, perlulah kita menjaga makanan kita

'halalan toyyib'-halal dan baik

-pastikan makanan kita dari sumber yang halal dan baik untuk kesihatan(jgn maggi dan 'burger bakar' hari2 ye. sebenarnya tak mampu pun)

-info kesihatan: semasa memasak, garam hendaklah diletakkan ke dalam masakan setelah api dipadamkan sebab menyebabkan banyak penyakit(lebih saintifik, sila google sendiri ye!)

bab yang terakhir yang membuatkan semua mata yang bulat jadi segar bugar-kepada lelaki dan wanita bujang(tambah2 yg tahun 4 dan tahun 3) sebelum sambung master, bleh la suruh mak ayah carikan.. jodoh tak datang bergolek!!mari berusaha!


di sini saya ingin megambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala silap dan salah saya. Saya maafkan kesalahan anda semua, kalau ada hutang, sila tuntut ye..

sekian dari wakil diri sendiri-
-moga Allah redha-

Sunday, January 13, 2013

mereka diuji

assalamuaikum..
alhamdulillah selamat tiba di PPUKM yg tercinta setelah bermusafir 2 minggu di Hospital Permai, tampoi, Johor..
positng psychiatry memberi kesan yang sangat banyak dan dari pelbagai segi.
at OT room playing with this kids


adab menumpang
 kami ditempatkan di sebuah asrama yang sangat baru..bilik yang sangat besar, selesa. ada pantry, bilik jemuran dan bilik TV.. alhamdulillah.. bersyukur sangat.. bila menumpang, kita haruslah menjaga adab kita seperti tidak berbuat bising, TV pasang volume 4, tidak menghempas pintu, tidak meletakkan kasut di luar bilik, tidur sebelum pukul 10, tidak boleh keluar selepas pukul 6 pm.. minta maaf kepada
 warden dan kak OT sebab saya sebut benda buruk tentang kamu..tak sempat nak minta maaf.. :(

ward
semua muka stress masa main ni..huhu..ni student yang main..bukan patient
ada wad daisy, blossom, hazel, iris, clove... semuanya luas2 belaka..hospital ni baru lagi..hospital lama sudah tidak digunakan.. di dalam wad, ada bilik riadah, bilik bacaan, ada taman untuk patient jalan-jalan dan pagar yang sangatttt tinggi.

penghuni
cantiknya!
patient mewarna..gigih sgt!
penghuni wad mestilah 'pesakit'. apa yang dilakukan oleh penghuni di situ selain dari makan dan tidur?? bergantung pada wad juga.yang unik di wad clove adalah setipa pagi lepas sarapan, mereka akan ke taman di depan wad dan akan menyanyikan lagu negaraku dan lagu patriotik yang lain..selepas itu, mereka akan bersenam beramai-ramai.. ada yang ok, ikut la..kalau tak, ada yang buat yoga, tai chi dan senaman gaya bebas!! aktiviti kesukaan penghuni di setiap wad adalah makan!! kedua kesukaan adalah karaoke. bila student ada, student menunjukkan bakat masing-masing..boleh tahan sedap.. selain itu, penghuni kebanyakkannya dengan dunia sendiri, tidak pedulikan apa yang berlaku di sekeliling. kalau pesakit yang dah hampir sembuh dan makan ubat, kami akan interview pesakit. yang penting build rapport.. tanya soalan basic tentang aktiviti seharian dahulu seperti dah makan ke?, makan apa?, dah makan ubat?, kat sini suka buat apa?, best ke tinggal sini?, ramai kawan?, umur berapa?, ada mak ayah?,
kemudian baru tanya 'kenapa masuk sini?' 'dengar suara tak?' klu dia kata ada, kita tanya 'suara laki ke perempuan?, muka dia macam mana?, ramai ke sorang?. dia cakap apa?'..
kemudian, bagi dia kertas dan pensel untuk dia melukis kalau dia ingat.
soalan yang berat ditanya ialah 'dah kawin?'..lepas soalan tu, kita pulak akan ditanya kemudian akan ada series of question regarding that issues kemudian diikuti oleh tazkirah ringkas yang diberi oleh penghuni di situ,,terima kasih..

ramai penghuni di sini mengalami Schizophrenia. ada satu kes saya jumpa OCD. BMD pun ramai.

sukaneka..at this time I was in canteen handling food as 'mak cik kantin'!
 diriku

bagi pendapat aku, kita kena pandai bawa diri di tempat orang. hormati orang dengan memberi salam, maniskan senyuman, jaga batas pergaulan, jaga mulut(jangan jerit, ckp lemah lembut, sopan, tidak menyakiti orang lain, guna bahasa yang sopan).. tapi kalau senyum manis sangat, kena ngorat pulak... during posting, i have receive a text that my grandma had an incident but i couldn't back to pahang because i'm at johor!..i just give him a call and i realize that even i am a nurse, i couldn't stay and taking care of them.   so, i when people asking me why i take nurse as my profession, the answer 'i want to take care of my family' will be deleted.  i will answer that 'i am chosen to take care of the sick and needed people and i know that i am special. Allah has choose me'

keluarga angkat
alhamdulillah kerana diberi keluarga angkat yang sangat baik..sabtu ahad, saya diambil oleh ibu dan ayah untuk dibawa pulang ke pasir gudang.. dapat jumpa adik-adik yang insya Allah anak yang soleh dan solehah..aiman dan nabila..dan semoga ibu ayah dapat menunaikan umrah pada tahun ini.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa ibu ayah dan sekeluarga..
outing

dakwah
semoga Allah mengampunkan aku.. i didn't do much.. gugur kewajipan solat bagi mereka yang 'gila'.. semoga Allah tempatkan kita ke dalam syurga dan jauhkan kita dari api neraka..amin...

patient's art
program with patient at last day in hospital permai
bilik ECT
terima kasih kepada abg arif dan keluarga kerana memberi kami makanan fizikal dan rohani..semoga murah rezeki dan semoga berjiran di syurga!
puan nora menerangkan tentang pesakit yang bekerja
credit to nur farini for this picture..maaf gambar di sana-sini :)

Wednesday, December 26, 2012

Our 'Big Circle'

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kami diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk menghadiri satu benkel yang bertajuk Jom Kawin!

kami di sini terdiri drp
-cik hajar(23 tahun)
-cik hareezah(22 tahun)
-cik iera (22 tahun)
-cik sharifah(21 tahun) dan
-puan nadiah(23 tahun)

*puan pun nak menimba ilmu

Program dianjurkan oleh JK Baitul Muslim di bawah IKRAM Hulu Langat, kajang dan Sepang.
macam biasa akhawat mendominasi dewan berbanding ikhwah
program yang diadakan pada pukul 8 pagi di UKM bangi ini mendapat sambutan yang di luar jangkaan..alhamdulillah..


Peranan & Perancangan Dalam Pembinaan BM
Perasmian dan ucaptama diberikan oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin M. Yunos.
'kenapa perlu kawin?' ini soalan pertama beliau. ada seorang ikwah yang berani dan dengan bersemangatnya berkata 'ikut sunah'. kata Prof Hasan 'jangan skema sangat'  ermm..gamat satu dewan.
Manusia yang normal mempunyai AKAL+ NAFSU.
Nafsu kita mempunyai butang ON dan OFF, volume tinggi, rendah.. bermaksud, kita mampu mengawalnya.
Allah juga menjadikan kita berpasang-pasangan
Yassin ayat 36;
“  Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Fitrah manusia dijadikan  tertarik pada berlainan jantina.
tapi di dalam gerakan dakwah, ia ada kelainan kerana ia ada matlamat yang tidak kurang pentingnya iaitu 'cinta di atas perjuangan'.
Akhawat dan ikhwah sebaiknya mencari yang 'sekufu'
makna sekufu di sini membawa maksud yang berbeza. bergantung di mana kita letakkannya..
keturunan, harta, pendidikan, fizikal, minat dan sebagainya.
di dalam jemaah, ia penting bagi memastikan kelangsungan gerakan,tambahan pula jika ikhwah dan akhawat tersebut orang penting dan bersungguh-sungguh dalam gerakan dakwah.
Itulah peranan JK BM dalam usaha untuk menemukan akawat dan ikhwah di dalam 'circle' ini. namun begitu, kita merancang tetapi rancangan Allah mengatasi segalanya.
di dalam JK BM, keluarga sangat diutamakan keputusan dan pandangan mereka.
kerana merekalah yang menjaga, melahirkan, membesarkan malah merupakan wali kita..
maka mereka berhak berada bersama-sama untuk berbicang dan membuat keputusan.

kenapa sebelum kahwin, semua nampak indah, sampai berangan-angan tetapi selepas kahwin, rasa jemu, rasa menyampah?
ini kerana sebelum kahwin, syaitan telah memakaikan accessori mereka untuk menampakkan yang haram itu cantik. selepas kahwin, accessori2 itu ditanggalkan maka tinggallah yang genuine . sebab itu cegahlah bercinta sebelum kahwin!

Fiqh Muamalat oleh Ustaz Alias Othman
Ustaz Alias seorang yang sangat berpengalam dalam berkongsi pengalamannya. Mendengar perkongsiaan, tidak jadi tidur dibuatnya. Tidak kering gusi walaupun tajuknya fakta semata-mata. Bahasanya penuh puitis, berpantun, berbunga-bunga sehinggakan kami orang muda ter'delay' sebentar untuk memahami.

Kahwin adalah salah satu perkara yang perlu disegerakan selain daripada menguruskan jenazah dan solat.
Proses sebelum kahwin termasuklah
-ilmu
-mental
-fulus
-fisikal
-perancangan


Apakah kriteria dalam memilih pasangan?

“Seorang wanita dinikahi karena empat perkara: karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, niscaya kamu beruntung.” [HR. Bukhari dan Muslim]

AGAMA..

Ustaz juga menyentuh tentang pertunangan. Pertunagan ialah seseorang lelaki itu menyatakan keinginannya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin dikahwininya itu dan wanita itu pula menerima keinginan tersebut.

Dalam tempoh bertunang ini, lelaki perlu melihat wajah wanita yang dikahwininya itu supaya ia tidak menyesal apabila kahwin nanti. wanita yang berpurdah juga dianjurkan untuk menunjukkan wajahnya kepada tunangnya itu.

menurut ustaz kalau boleh cari yang ada cop brand IKRAM.
*susah ni

ada juga rupanya konsep booking jika tidak bersedia lagi..

tips daripada ustaz, 'akhawat ni tak payah hantaran tinggi sangat. yang penting tinggikan mas kawin. sebab mas kawin untuk pengantin perempuan sahaja'

tips yang paling diingati ialah BAHASA PINTU oleh lelaki dan BAHASA SINKI oleh wanita.. pikir-pikirkan... :)

Antara sunah dan Realiti
Dr Hafizah Mustakim sangat bersemangat orangnya. Setiap orang perlulah membuat persiapan sebelum kahwin antaranya psikologi, kewangan, kesihatan dan KUFU.
selalulah berdoa dengan surah  al Furqan ayat 74.






'Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa'

Rumahtangga seperti laut. kadang-kadang tenang, sepoi-sepoi, bergelora dan boleh jadi taufan. itulah realiti.
adakah kita berlayar di laut menggunakan cruise ataupun hanya sampan?
kerana itulah kita perlu mempunyai persediaan dari segi jasad, fikrah, rohani, emosi dan sosial.

segalanya memerlukan perancangan seperti yang dianjurkan oleh nabi kita yang tercinta iaitu Rasulullah S.A.W

banyak lagi yang dibincangkan dan dikogsikan..


"wahai orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"(as-saff : 2-3)


sama-samalah kita membina individu muslim dengan bersungguh-sungguh sebelum melangkah ke tangga seterusnya kerana tangga yang lebih tinggi sebenarnya merupakan amanah yang sangat besar yang boleh mengubah dunia.

*antum dan antunna sekalian boleh la isi borang baitul muslim lepas ni kerana 31 ogos tahun depan akan diadakan majlis perkahwinan beramai-ramai dan kemungkinan wang yang diperlukan untuk walimah ialah rm2000 tak termasuk hantaran :)



Sunday, December 23, 2012

Gudang Sand @@

“Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (Ali Imran : 137).

“Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu” (Al An’am : 11).

“Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (An Nahl : 36).

“Katakanlah: “Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa” (An Naml : 69).

“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

Allah memerintahkan kita untuk berjalan di atas bumi ini untuk mengambil pelajar dan bukan untuk tujuan seronok semata-mata.

Alhamdulillah pengalaman selamat 4 hari 3 malam di pasir gudang johor banyak memberi pengalaman yang ternyata Allah susun mengikut kemampuan, kehendak dan keperluan kita.  Pada asalnya saya bersama dengan kak sasi, mardihah dan farida api ditukar last minute. farida ditukar dengan farid. itu adalah ujian bagi kami untuk menjaga aurat dengan sempurna walaupun di dalam rumah.. nama tertera Yusoff muhamed. ya Allah, berdebarnya sewaktu penyerahan anak angkat. pertama sekali bersua muka, hanya dapat mengucapkan Alhamdulillah kerana dikurniakan keluarga yang osem :) setelah itu, kami dibawa ke rumah ayah dan ibu masing2. MALU, SEGAN dan SANGAT SOPAN. tetapi ayah dan ibu sangat mesra sehingga kami rasa welcomed. semoga Allah membalas jasa baik ayah dan ibu.

Pada keesokan harinya, program kami ialah promotekan pemeriksaan kesihatan pada hari ahad nanti. di sinilah cabarannnya. Alhamdulillah.. disinilah iman diuji. di sinilah tarbiyah, segala ceramah, pembacaan dan .ilmu yang Allah beri sedikit kepada hambanya ini berlegar di fikiran.



bersilih ganti.
bagaikan tape sedang dimainkan
syaitan menjentik-jentik
bagaikan terpapar akhlak baginda yang sangat mulia di minda
terngiang-ngiang kata-kata dari prof muhaya

'kalau kita lihat kebaikan orang, kita akan tenang.klu kita lihat kejahatan orang pada kita, kita yang sakit.. buat apa nak sakit hati?? kita yang rugi.orang tu tak de apa2 pun"

Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. ( Saba’ : 13 )
"aku sememangnya ingin menjadi yang sedikit kerana sedikit itu yang masuk syurga.. walaupun aku tidak layak tapi aku akan berusaha"

 “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

-inilah yang membuatkan syaitan menangis. insya Allah.. tapi 'mereka' tidak pernah putus asa menyesatkan cucu cicit nabi Adam sampai la hari kiamat.







Bahasa syurga!

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

'Bahasa syurga'
'bahasa al quran'
'bahasa pertuturan nabi'

Allahu akbar..
selepas membaca buku Ketakjuban Kisah-kisah dalam Al quran,
berkobar-kobar nak belajar bahasa Arab..
lagi menambahkan semangat bilamana kak nadiah menghuraikan satu-satu ayat dalam surah Lukman..
kak nadiah juga berazam nak perbaiki bahasa arab..

sebelum ni pernah beli satu bahan pembelajaran bahasa Arab,tapi arab komunikasi
namun begitu, sampai buku 5 je sebab mungkin tak praktikkan di kehidupan seharian..buku last tak sempat habiskan..(tak sempat?)
ye la..nak kecek bahasa arab dengan siapa..
alhamdulillah semalam cari di google, terjumpa satu laman web tentang belajar bahasa arab..
disarankan!!

yang penting istiqomah dan minat...

tapi kena daftar dulu.. 
selamat ber'bahasa arab'


Saturday, December 15, 2012

Musafir ke Broga Hills, Melaka, kajang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan rendah diri dan hina aku menulis untuk berkongsi pengalaman..


14/12/2012

pagi: berjanji dengan kawan untuk ke Broga Hills di Semenyih, Melaka dan makan di Burger Bakar abg burn..dibahagikan kereta dan segala plan telah dilakukan..

tengah hari: mesej from kak iman: 'MK 01 ada kekosongan. sapa nak pergi?' Allahuakbar.. adakah ini ujian dariMu? berbelahbagi.. antara MK dan Broga Hills.
lalu aku senaraikan kebaikan antara

MK(perkemahan):
meningkatkan semangat dakwah
ramai kawan
dekat dengan orang-orang yang mengingatkan kepada Allah

broga Hills:
alam mengingatkan tentang kebesaran Allah
dakwah
mengeratkan silraturrahim antara kawan-kawan

mengingatkan janji dengan kawan-kawan, tidak baik aku mungkiri.. lalu Broga Hills, aku datang!!

penjaran kekosong:
Niat!niat kerana Allah adalah penting. set niat untuk mendapat pahala. kalau tidak, sia-sia sahaja seperti debu-debu yang bertebangan.

pengajaran pertama:
pukul 2 pagi, aku bangun untuk bersiap-siap untuk ke Broga Hills. 2 pagi!! agak-agak, utnuk bangun qiam, semangat macam ni tak?? dush.. tersedar tahap mana aku letakkan dunia di hati.

pengajaran kedua:
dakwah di mana-mana. dalam kereta, doa dibaca dengan penuh kehambaan. Memohon Allah selamatkan perjalanan kami dan berkati perjalanan ini. sanagt bergantung kepada Allah pada ketika ini.

pengajaran ketiga:
di dalam kereta, cuba untuk tidak berkhayal perkara sia-sia. basahkan lidah dengan zikir walaupun di tangan tiada tasbih untuk mengingatkan.

pengajaran keempat:
kurangkan merungut.
Broga Hills jauh sangat la..kenapa tak tepi rumah ja. senang sikit jogging hari-hari!
gelap la jalan ni.patutnya tambah lagi lampu!
sejuk sangat la!
kasut kena beli baru ni.dah lama. kad siswa pun dah dapat!

kala ini, teringat
16. 7:10. Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.

astaqfirullah..

pengajaran kelima:
walaupun bersukan, pakaian perlu dijaga dan memenuhi kehendak syariat islam. ikhtilat perlu dijaga. malu dan berani perlu ada!!


 walaupun berendam kaki di pantai, perlu pakai stokin atau kalau tidak mahu pakai stokin, main air jauh daripada laki. Islam itu mudah. nak seribu daya tak nak seribu dalih.



pengajaran keenam:
jangan petik dan merosakkan alam kerana tumbuhan-tumbuhan ini berzikir kepada Allah


(At-Taghabun) 64:1 Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan dan bagiNyalah segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


pengajaran ketujuh
aku perlu semangat untuk ke puncak! yang jadi motivasi ialah 'kata nak jadi mujahidah untuk g palestin. mujahidah tak boleh lembik!' fuh.. go sharifah. palestin is wait for Nurse Sharifah.


pengajaran kelapan:
 ilmu fiqh itu penting.sampai ke puncak, kedengaran azan dan terdapat satu jemaah yang laksanakan solat subuh berjemaah. Allahuakbar!! Allah di mana-mana. hampir sahaja aku menitiskan air mata tapi segera dimatikan kerana rakan-rakanku meminta penjelasan kepadaku bagaimana untuk mengambil wuduk. tidak dijangka kerana kami jangka kami subuh di bawah. segera flash back apa yang pernah dibaca dan didengar. berbekalkan sebotol air mineral, kami bergilir-gilir mengambil air sembahyang. yang wajib dan sekali sahaja!alhamdulillah ada fungsi aku di situ. kemudian, kami solat tanpa kain telekung dan bersujudkan sehelai baju kerana kami solat di atas batu yang tidak rata. syarat-syarat solat jamak qasar juga perlu dititikberatkan!
selesai solat, kami menunggu sunrise
pengajaran kesembilan
ayat al quran dan hadis banyak menggunakan perkataan berkenaan alam semulajadi  seperti gunung-ganang, buih lautan, daun, pohon-pohon, ikan, matahari, bintang.

buih-buih di lautan:
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

“Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) 

“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15) 

“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan, Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).  (ar ra'd:2)

apabila menunggu matahari terbit, teringat hadis iantara tanda-tanda besar Qiamat ialah terbitnya matahari disebelah barat, iaitu disebelah matahari turun.kala itu, taubat tidak diterima dan tunggulah hari pembalasan!!


dan banyak lagi...

pengajaran kesepuluh
berbagai ragam manusia.  yang baik ambil pengajaran. yang buruk dijadikan peringatan untuk tidak berbuat sedemikian.


kesimpulan
“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

ayat di atas berbentuk perintah untuk berjalan di atas muka bumi untuk mengambil 'ibrah, pengajaran dan spirit.





pengajaran-pengajaran ini bukanlah untuk lebih kepada orang lain melainkan untuk diri saya sendiri. semoga Allah redha..