Saturday, January 6, 2018

BEKERJA DI KEDAH MEDICAL CENTRE

6/1/2018

Hari ini genap 3 tahun bekerja di KEDAH MEDICAL CENTRE.
alhamdulillah...
fresh graduate sememangnya kena struggle untuk bekerja.
kena cekalkan hati untuk berhadapan kata nista orang lain..
nangis tu perkara biasa..
banyakkan berdoa dan mintalah nasihat keluarga..kata-kata positif dari kawan juga penting.
kadang-kadang rasa down dan nak berhenti 24 jam tapi sebab tak tahu format nak tulis surat resign, hold dulu niat tu..haha..
hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, alhamdulillah dengan izin Allah..
dari bujung, lepastu kawin lepastu dan ada anak seorang, kini aku lebih matang
tiap kali keluar rumah untuk kerja, tak pernah lupa untuk niat kerja kerana Allah, selawat dan juga baca rabbiyassir wala tua'ssir...

kepada adik-adik junior yang berimpian untuk jadi staff nurse, teruskan niat anda..peluang untuk berbuat kebajikan sentiasa ada..

semoga berjaya..
Alhamdulillah...sy dh selamat melahirkan seorang puteri..
Anak pertama,pengalaman pertama.. kisah saya begini..

5/2/2016
Pukul 1.45 ptg pecah air ketuban..waktu tu 38 weeks 5 days..kena alert ye warna air ketuban..nnt misi tny..g kecemasan KMC..alhamdulillah bleh guna GL..then g labor room.check jalan, baru 1cm.3.30ptg induce. Pkul 8 start sakit setiap 5 minit..ambik ubt tahan sakit..tp still sakit..pkul 10 misi offer ubat gas..check jalan 5cm..sakit sampai pkul 11.pukul 11,.misi kata klu rasa nk trberak,teran..mmg rasa nk trberak..check jln,dh rasa kepala..mulalah fasa 'push' ditemani oleh suami.baby plak position mengiring.trpaksa guna bantuan vacuum..akhirnya pukup 0003 6/2/2016 lahirlah puteriku..tak trgambr gembiranya..

Persediaan sebelum bersalin
 Tulislah barang2 yg nak beli..dan bajet anda..buat la survey skit..bleh agak2 bajet nnt.
Cara saya(sy bekerja):
Setiap bulan sejak disahkan hamil,menabung rm100 sebulan.sambil2 tu survey harga dan baca blog org.
Masuk ja bulan ke 7 kehamilan,start beli brg baby dh..


antara barang yg penting:

kain batik
maternity pad
breast pump(in case anak ada complication, kita boleh pump untuk bekalkan susu badan pada anak nanti)
biskut-lapar nanti
charger telefon
milo 3 in 1
buku pink


itu antara senarai barang yang penting untuk kita bawa dalam persediaan untuk bersalin

Sunday, June 7, 2015

Tips pilih photographer(pndgn org biasa)

Assalamualaikum..alhamdulillah usia perkahwinan kami sudah 2 bln..dlm proses nk kenal lagi..tambahan pula jarak jauh sekarang..apa yg sy nk kongsikan ini cumalah pandgn dari org biasa .bkn photographer..
Antara yg boleh saya kongsi adalah
1) jgn ambil photographer secara online..unless kalau anda boleh jmp dulu dgn beliau sebelum hari kejadian..dlm kes sya,kami saling tak mengenali. Sy dok jauh..jarang blik kampung..so,susah nak jmp..jadi,biar kita jmp dulu dgn photigrapher kita tu..
2) tak pyh ambik photographer klu ingin gambar yg biasa..tak la nk posing yg luar biasa sgt.
3) tgk dulu hasil krj photographer yg ingin ditempah..ikut selera and..lain photographer,lain hasilnya.
4) berbincang dgn pasangan. Tolak ansur..
5)ikut bajet anda..tak perlula sehingga perlu berhutang..klu ada duit lebih,boleh lakukan..
Janganlah anggap photographer ini adalah syarat utk sebuah majlis perkahwinan..biarlah niat utk mengabdikan kelak utk anak cucu dan utk mengingati saat2 manis awal perkahwinan. Bkn utk menunjuk2 dan lawan siapa yg pling segak lagi..
Sekian

Tuesday, June 2, 2015

Petua Pening Kepala

PENING KEPALA
Suami saya mengadu pening kepala setelah makan rendang daging dalam kuantiti yang banyak..kak ipar saya mencadangkan sy untuk menggunakan petua ini.
Bahan2:
1/4 lemon
Satu sudu madu

Cara2:
Perah lemon dlm gelas(jus akan lebih keluar banyak jika lemon dlm suhu bilik)
Masukkan satu sudu madu(guna sudu plastik)
Msukkan air panas
Hirup pelahan

Alhamdulillah selepas bbrp minit,suami saya lega dari pening kepala. 
Selamat mencuba
P/s: jgn lupa selawat ketika bancuh air ye..

Friday, January 30, 2015

Bagaimana belajar di university tanpa pinjaman PTPTN?



Assalamualaikum dan hai..

Kali ni nak kongsi tips bagi sesiapa yang nak belajar di universiti tanpa pinjaman PTPTN.
Saya adalah salah seorng graduan UKM. Bachelor in Nursing..Temph pengajian 4 tahun.
Ramai bertanya mengapa tak ambik PTPTN?

Jawapan saya..saya memang nak ambik dah hari tu tapi kena surat pengesahan pendapatan. Abah saya seorng peniaga pasar malam. Banyak proses..kena buat surat, kena minta pengesahan dari ketua penghulu yang tak tau bila beliau ada di pejabatnya..kena pergi  PTPTN balik untuk serah borang..
jawapan abah: tak pa la. Tak payah ambik PTPTN.abah tanggung..setiap minggu abah bagi duit. Yuran kumpul sikit2. Insya Allah boleh.

Saya terlebih lagi la suka. Secara jujurnya kami bukanlah dari keluarga yang senang. Abah sahaja yang bekerja, menanggung lagi 4 orang anaknya. Dengan izin Allah, sy dpt tamatkan pengajian saya selama 4 tahun tanpa hutang yang banyak.. tetapi sy ada hutang PTPTN rm1500 kerana ambil duit wang pendahuluan. Dengan azam yang tinggi, sy berazam untuk langsaikan hutang itu selama 3 bulan berturut-turut.. kini, hutang itu berbaki rm700. Rm500 dari gaji pertama saya sebagai staff nurse di KMC dan rm300 dari duit BRIM yg sy dpt..alhamdulillah target lagi 2 bulan, hutang sy selesai.

Tetapi tips ini untuk yang belajar di IPTA sahaja kerana IPTS yurannya sgt tinggi. memerlukan pinjaman juga. Melainkan anda mampu..

Antara tips untuk belajar di IPTA tanpa hutang PTPTN:

1.       Belanja haruslah secara berhermah.  Hadkan shopping, berjalan2 tanpa arah, masak sendiri, bersifat cukup dengan apa yang ada.kurangkan makanan mewah, minum air masak berbanding air di kedai, jimatkan top up.
2.       Kumpul duit sikit2 untuk bayar yuran
3.       Minta ehsan dari mak dan adik beradik lain.
4.       Ada pendirian. Mula2 memang susah nak tolak ajakan kawan2 tgk wayang, makan hebat2, jalan sini sana tp lama2 mereka akan faham yang kita ni bukan senang nak diajak keluar. So, lepas tu mereka dah tak ajak kita tp bila sekali kita setuju untuk keluar, bersedialah anda untuk dikagumi oleh kawn2 anda..
5.       Jangan beli handset mahal.saya hanya pakai handset yang boleh call dan boleh msg ja. Internet tak dak.. senang sebab handset murah, tak risau pun kalau hilang ka, kalau nak letak kat mana2 pun handset tu. Dah tu jimat pelan internet. Pakai lap top dan guna wifi free kat kolej ja. Whatups  ka instagram ka wechat ka semua tak dak.memang orang kata kuno la.
6.       Lagi sempit kita masa tu, lagi banyak memberi.. Rajinkan diri buat solat Dhuha. Percaya pada rezeki yang Allah beri.
Apa yang sy dpt dari belajar 4 tahun tanpa pinjaman PTPTN?
1.       Hati yang tenang sebab nanti grad tak payah fikir hutang.
2.       Kini sebahagian dari gaji saya boleh beri pada mak abah sebab tak perlu byr pada org lain
3.       Saya dapat beli lap top baru jenama acer pada semester ke 4 kerana lap top lama dah rosak.
4.       Lebih berusaha belajar dan tidak belanjakan wang sesuka hati sebab fikir duit titik peluh abah
5.       Dapat belajar masak sebab kena banyak masak..nak jimat kan
6.       Saya dapat ambil plan Takaful untuk diri sendiri pada semester  5.
7.        Masa last semester, ada duit lebih, boleh la jalan2.
8.       Percaya dan yakin pada Allah.

Bagi sesiapa yang ada niat dan azam untuk belajar di IPTA tanpa hutang PTPTN, anda kena yakin anda boleh.

Saturday, January 17, 2015

Persediaan perkahwinan yang simple dan sederhana

Assalamualaikum...

Kali ni nak update persiapan perkahwinan..insya Allah majlis lagi 2 bulan..ingat nak update lepas nikah tapi risau nanti terlupa..

persiapan perkahwinan saya bukanlah sebagai contoh terbaik untuk anda..namun, jika ada yang sesuai, ambillah, jika tidak, tinggalkanlah...entry ini tidak bergambar kerana tiada USB ye..

1) Sediakan buku PLAN PERANCANGAN PERKAHWINAN SHARIFAH(guna kertas recyle ja pun tak pa-contoh
-dlam buku ni tulislah tujuan anda berkahwin supaya setiap perancangan anda sentiasa di atas jalan yang benar..contoh: nak buat baju cantik2 bagi org terpegun..tengok balik tujuan kahwin ini untuk apa...gitu la..
-tetapkan bajet kasar
-setiap page tu letak tajuk seperti page 1: tujuan kahwin
page 2: bajet
page 3: katering dan dewan
page4: doorgift
page 5: hantaran
page 6: Homestay
page 7: PA system
page 8: kad kahwin
page 9: senarai jemputan

2) kira-kira belanjawan: aliran keluar masuk duit haruslah dicatit supaya kita tidak tersalah guna. sediakan satu buku/kertas kecik

contoh: total belanja hantaran rm5000
baju pengantin perempuan rm80- baki rm4920
bunga hiasan rm20-baki rm4900
...........seterusnya

3) rajin survey di internet.mana yang boleh pinjam kat adik beradik, usahakan.,klu boleh  buat sendiri, buat..kalau katering, tanya kat fb ke, jiran ke..mn yg murah

4) untuk baju pengantin, carilah tukang jahit yang kita lihat dia seorg yg baik, amanah, dan niat kita nak bantu perniagaan dia jgak.. sy buat online shj dari ana ahlia syafiq..akak ni sgt baik..senang berurusan dgn dia..dan disebabkan sy dan tunang tak berjumpa sehingga hari nikah, sy suruh akak ni beli kain pasang yg sama warna dgn baju sy (4 meter) dan poskan di rumah tunang sy supaya dia boleh buat baju melayu secepat yang mungkin.kenapa saya beli online?

-sebab sy sgt cerewet..tgk tukang jahit, warna yg available,tak nak kain kilat, jarang..tak nak warna terang..kalau on9, banyak pilihan..dan on9 ni lebih murah dari beli di kedai.baju kahwin saya rm98 sahaja..tudung juga warna yang sama. bajet saya untuk baju untuk walimah adalah bawah rm100.
baju nikah saya dah beli lepas tunang tu di mydin rm50 sahaja..sy jahit manit dan lace sendiri.

 5) katering- rajin2 survey, tny org..check fb, whatsup..katering kena buat awal.lg awal lg bgus..seelok2nya 5-6 bulan sebelum majlis..saya dapat rm6.50 sekepala sekali makan beradap.makan beradap tiada kerusi raja, tiada meja panjang...meja sekali dengan saudara belah lelaki..

6) dewan-saya buat di dewan orang ramai shj..rm200

7) kad jemputan..jemputan sy 300 orang shj..saya tak panggil ramai orang. tempah on9..sekeping poskad shj. rm150

8) pelamin-masa lepas akad nikah shj iaitu dengan keluarga dan kawan terdekat..masa walimah, tiada pelamin

9)doorgift- mak sponsor..makanan shj..

10) dulang hantaran tiada

11) HIV test dah siap(valid 3 bulan shj..buat di KK taman selasih.pergi sorang2 shj) .borang permohonan nikah kena tandtgn si dia..kena pos pula

12) make up-tak make up/ kwn make up nipis shj..tiada mak andam

13)   photographer..nak yang perempuan ..cari di hijab lens..alhamdulillah tgh promotion..dpt rm700 untuk 2 event.

14) PA system..speaker dan lap top shj..

15) homestay-dpt dpn rumah untuk family perempuan-rm100
family lelaki rm200 semalam

Ini ringkasan belanja kahwin saya


Belanja setakat ni lebih kurang rm6000..anda mungkin boleh kurangkan lagi..

mohon doa pembaca supaya Allah berkati majlis dan hubungn kami..terima kasih




Sunday, December 14, 2014

Test di KMC

Assalamualaikum....
hari ni nak kongsi untuk jururawat yang nak apply KMC(kedah medical centre)

Saya baru sahaja buat test bertulis..belum IV..tak tahu la dpt ke tak IV..kenapa sy nak sgt KMC? sebab di kedah..sy nak menetap di kedah atau penang.. sebab satu lagi sebab KMC di bawah KPJ..

tapi kalau tak dapat atau lambat panggil, mungkin saya akan memburu pekerjaan di penang..penang lg dekat dgn kulim.. bahagianya~~

ok, first, hantar resume terus ke HR KMC...

bila dah dpt panggilan untuk test, sila bawa kalkulator, salinan semua dokumen..
sila google dokumen yang perlu dibawa semasa iv...sila fotostat sekali sijil LJM ye..sijil kokurikulum tak perlu fotostat..dokumen tak perlu disahkan pun..

masa dtg test, bawa kalkulator..lebih kurang 25 soalan adalah drug calculation...
apa yang perlu anda study?
-drug calculation
-CPR(ratio of circulation and ventilation in adult, children and infant)
-nursing diagnosis..ulangkaji balik..kot2 dah lupa..
-nursing intervention..contoh fever..
-care of patient with HFMD
-drug in emergency trolley
 -pertukaran unit contoh mg ke g

selalunya masa bebas kalau tak dak iv lepas tu..saya sejam dah siap..

sekian itu sahaja..good luck my friends..