Saturday, January 17, 2015

Persediaan perkahwinan yang simple dan sederhana

Assalamualaikum...

Kali ni nak update persiapan perkahwinan..insya Allah majlis lagi 2 bulan..ingat nak update lepas nikah tapi risau nanti terlupa..

persiapan perkahwinan saya bukanlah sebagai contoh terbaik untuk anda..namun, jika ada yang sesuai, ambillah, jika tidak, tinggalkanlah...entry ini tidak bergambar kerana tiada USB ye..

1) Sediakan buku PLAN PERANCANGAN PERKAHWINAN SHARIFAH(guna kertas recyle ja pun tak pa-contoh
-dlam buku ni tulislah tujuan anda berkahwin supaya setiap perancangan anda sentiasa di atas jalan yang benar..contoh: nak buat baju cantik2 bagi org terpegun..tengok balik tujuan kahwin ini untuk apa...gitu la..
-tetapkan bajet kasar
-setiap page tu letak tajuk seperti page 1: tujuan kahwin
page 2: bajet
page 3: katering dan dewan
page4: doorgift
page 5: hantaran
page 6: Homestay
page 7: PA system
page 8: kad kahwin
page 9: senarai jemputan

2) kira-kira belanjawan: aliran keluar masuk duit haruslah dicatit supaya kita tidak tersalah guna. sediakan satu buku/kertas kecik

contoh: total belanja hantaran rm5000
baju pengantin perempuan rm80- baki rm4920
bunga hiasan rm20-baki rm4900
...........seterusnya

3) rajin survey di internet.mana yang boleh pinjam kat adik beradik, usahakan.,klu boleh  buat sendiri, buat..kalau katering, tanya kat fb ke, jiran ke..mn yg murah

4) untuk baju pengantin, carilah tukang jahit yang kita lihat dia seorg yg baik, amanah, dan niat kita nak bantu perniagaan dia jgak.. sy buat online shj dari ana ahlia syafiq..akak ni sgt baik..senang berurusan dgn dia..dan disebabkan sy dan tunang tak berjumpa sehingga hari nikah, sy suruh akak ni beli kain pasang yg sama warna dgn baju sy (4 meter) dan poskan di rumah tunang sy supaya dia boleh buat baju melayu secepat yang mungkin.kenapa saya beli online?

-sebab sy sgt cerewet..tgk tukang jahit, warna yg available,tak nak kain kilat, jarang..tak nak warna terang..kalau on9, banyak pilihan..dan on9 ni lebih murah dari beli di kedai.baju kahwin saya rm98 sahaja..tudung juga warna yang sama. bajet saya untuk baju untuk walimah adalah bawah rm100.
baju nikah saya dah beli lepas tunang tu di mydin rm50 sahaja..sy jahit manit dan lace sendiri.

 5) katering- rajin2 survey, tny org..check fb, whatsup..katering kena buat awal.lg awal lg bgus..seelok2nya 5-6 bulan sebelum majlis..saya dapat rm6.50 sekepala sekali makan beradap.makan beradap tiada kerusi raja, tiada meja panjang...meja sekali dengan saudara belah lelaki..

6) dewan-saya buat di dewan orang ramai shj..rm200

7) kad jemputan..jemputan sy 300 orang shj..saya tak panggil ramai orang. tempah on9..sekeping poskad shj. rm150

8) pelamin-masa lepas akad nikah shj iaitu dengan keluarga dan kawan terdekat..masa walimah, tiada pelamin

9)doorgift- mak sponsor..makanan shj..

10) dulang hantaran tiada

11) HIV test dah siap(valid 3 bulan shj..buat di KK taman selasih.pergi sorang2 shj) .borang permohonan nikah kena tandtgn si dia..kena pos pula

12) make up-tak make up/ kwn make up nipis shj..tiada mak andam

13)   photographer..nak yang perempuan ..cari di hijab lens..alhamdulillah tgh promotion..dpt rm700 untuk 2 event.

14) PA system..speaker dan lap top shj..

15) homestay-dpt dpn rumah untuk family perempuan-rm100
family lelaki rm200 semalam

Ini ringkasan belanja kahwin saya


Belanja setakat ni lebih kurang rm6000..anda mungkin boleh kurangkan lagi..

mohon doa pembaca supaya Allah berkati majlis dan hubungn kami..terima kasih




11 comments:

  1. Dpt harga katering 6.50 tu kat mane ye?

    ReplyDelete
  2. wah , belanja bawah 7k. .sis mmg bjak mngatur perbelanjaan. .smoga mjlis brjalan dgn lncar .

    ReplyDelete
  3. sis yg catering rm 6.50 kt mana ya?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Tumpang tanya apa nama katering tu ya?

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt wat belanjawan yg murah.. Catering kt mna 6.5 tuh

    ReplyDelete
  6. Salam..hai..maaf mnganggu..
    saye Rozita dari D Inah Catering mnyediakan pakej prkahwinan serendah RM6.90 serta percuma makanan pengantin,pghantaran,pggan gelas,set buffet serta test food..
    utk mklumat lanjut hubungi 012-2949044..
    Atau email
    dinahcatering@yahoo.com

    Terima kasih^_^

    ReplyDelete
  7. ~~KAMBING BBQ GOLEK 3 EKOR HANYA RM1000 SAHAJA~~

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****

    HUBUNGI SAYA:
    IzA 0124110390 (WhatsApp)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, selesai majlis ya☺☺ lepas selesai kahwin , terbit rasa di hati nak honeymoon ke?..☺☺ sini kita pergi honeymoon ke bali, lombok bali + lombok, medan, korea, perth.

    Ig : melancong_murah_baloi
    Fb: melancong murah baloi
    Whatsapp: 017-5367426

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.