Sunday, January 13, 2013

mereka diuji

assalamuaikum..
alhamdulillah selamat tiba di PPUKM yg tercinta setelah bermusafir 2 minggu di Hospital Permai, tampoi, Johor..
positng psychiatry memberi kesan yang sangat banyak dan dari pelbagai segi.
at OT room playing with this kids


adab menumpang
 kami ditempatkan di sebuah asrama yang sangat baru..bilik yang sangat besar, selesa. ada pantry, bilik jemuran dan bilik TV.. alhamdulillah.. bersyukur sangat.. bila menumpang, kita haruslah menjaga adab kita seperti tidak berbuat bising, TV pasang volume 4, tidak menghempas pintu, tidak meletakkan kasut di luar bilik, tidur sebelum pukul 10, tidak boleh keluar selepas pukul 6 pm.. minta maaf kepada
 warden dan kak OT sebab saya sebut benda buruk tentang kamu..tak sempat nak minta maaf.. :(

ward
semua muka stress masa main ni..huhu..ni student yang main..bukan patient
ada wad daisy, blossom, hazel, iris, clove... semuanya luas2 belaka..hospital ni baru lagi..hospital lama sudah tidak digunakan.. di dalam wad, ada bilik riadah, bilik bacaan, ada taman untuk patient jalan-jalan dan pagar yang sangatttt tinggi.

penghuni
cantiknya!
patient mewarna..gigih sgt!
penghuni wad mestilah 'pesakit'. apa yang dilakukan oleh penghuni di situ selain dari makan dan tidur?? bergantung pada wad juga.yang unik di wad clove adalah setipa pagi lepas sarapan, mereka akan ke taman di depan wad dan akan menyanyikan lagu negaraku dan lagu patriotik yang lain..selepas itu, mereka akan bersenam beramai-ramai.. ada yang ok, ikut la..kalau tak, ada yang buat yoga, tai chi dan senaman gaya bebas!! aktiviti kesukaan penghuni di setiap wad adalah makan!! kedua kesukaan adalah karaoke. bila student ada, student menunjukkan bakat masing-masing..boleh tahan sedap.. selain itu, penghuni kebanyakkannya dengan dunia sendiri, tidak pedulikan apa yang berlaku di sekeliling. kalau pesakit yang dah hampir sembuh dan makan ubat, kami akan interview pesakit. yang penting build rapport.. tanya soalan basic tentang aktiviti seharian dahulu seperti dah makan ke?, makan apa?, dah makan ubat?, kat sini suka buat apa?, best ke tinggal sini?, ramai kawan?, umur berapa?, ada mak ayah?,
kemudian baru tanya 'kenapa masuk sini?' 'dengar suara tak?' klu dia kata ada, kita tanya 'suara laki ke perempuan?, muka dia macam mana?, ramai ke sorang?. dia cakap apa?'..
kemudian, bagi dia kertas dan pensel untuk dia melukis kalau dia ingat.
soalan yang berat ditanya ialah 'dah kawin?'..lepas soalan tu, kita pulak akan ditanya kemudian akan ada series of question regarding that issues kemudian diikuti oleh tazkirah ringkas yang diberi oleh penghuni di situ,,terima kasih..

ramai penghuni di sini mengalami Schizophrenia. ada satu kes saya jumpa OCD. BMD pun ramai.

sukaneka..at this time I was in canteen handling food as 'mak cik kantin'!
 diriku

bagi pendapat aku, kita kena pandai bawa diri di tempat orang. hormati orang dengan memberi salam, maniskan senyuman, jaga batas pergaulan, jaga mulut(jangan jerit, ckp lemah lembut, sopan, tidak menyakiti orang lain, guna bahasa yang sopan).. tapi kalau senyum manis sangat, kena ngorat pulak... during posting, i have receive a text that my grandma had an incident but i couldn't back to pahang because i'm at johor!..i just give him a call and i realize that even i am a nurse, i couldn't stay and taking care of them.   so, i when people asking me why i take nurse as my profession, the answer 'i want to take care of my family' will be deleted.  i will answer that 'i am chosen to take care of the sick and needed people and i know that i am special. Allah has choose me'

keluarga angkat
alhamdulillah kerana diberi keluarga angkat yang sangat baik..sabtu ahad, saya diambil oleh ibu dan ayah untuk dibawa pulang ke pasir gudang.. dapat jumpa adik-adik yang insya Allah anak yang soleh dan solehah..aiman dan nabila..dan semoga ibu ayah dapat menunaikan umrah pada tahun ini.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa ibu ayah dan sekeluarga..
outing

dakwah
semoga Allah mengampunkan aku.. i didn't do much.. gugur kewajipan solat bagi mereka yang 'gila'.. semoga Allah tempatkan kita ke dalam syurga dan jauhkan kita dari api neraka..amin...

patient's art
program with patient at last day in hospital permai
bilik ECT
terima kasih kepada abg arif dan keluarga kerana memberi kami makanan fizikal dan rohani..semoga murah rezeki dan semoga berjiran di syurga!
puan nora menerangkan tentang pesakit yang bekerja
credit to nur farini for this picture..maaf gambar di sana-sini :)

No comments:

Post a Comment