Friday, January 25, 2013

Solat Hajat 25 jan 12013

perkongsian dari tazkirah pendek majlis solat hajat tadi..
alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan dipilih oleh Allah utk berjemaah bersama-sama dengan rakan-rakan seangkatan.. jelas tujuan hanya untuk mengejar keredhaan Ilahi

-ramai/ berjemaah membawa kepada berkat dan makbulnya doa tersebut.

-antara sebab-sebab doa ditolak adalah kerana maksiat yang dilakukan.antaranya maksiat mata yang sangat susah untuk dijaga.


“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)


ayat ni ayat suruhan kepada lelaki dan wanita ye..jangan tengok aurat berlainan jantina. marilah kita bermujahadah melawan nafsu..dush syaitan!! (*to syaitanss, padam muka kau)

-selain itu, perlulah kita menjaga makanan kita

'halalan toyyib'-halal dan baik

-pastikan makanan kita dari sumber yang halal dan baik untuk kesihatan(jgn maggi dan 'burger bakar' hari2 ye. sebenarnya tak mampu pun)

-info kesihatan: semasa memasak, garam hendaklah diletakkan ke dalam masakan setelah api dipadamkan sebab menyebabkan banyak penyakit(lebih saintifik, sila google sendiri ye!)

bab yang terakhir yang membuatkan semua mata yang bulat jadi segar bugar-kepada lelaki dan wanita bujang(tambah2 yg tahun 4 dan tahun 3) sebelum sambung master, bleh la suruh mak ayah carikan.. jodoh tak datang bergolek!!mari berusaha!


di sini saya ingin megambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala silap dan salah saya. Saya maafkan kesalahan anda semua, kalau ada hutang, sila tuntut ye..

sekian dari wakil diri sendiri-
-moga Allah redha-

No comments:

Post a Comment