Saturday, December 15, 2012

Musafir ke Broga Hills, Melaka, kajang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan rendah diri dan hina aku menulis untuk berkongsi pengalaman..


14/12/2012

pagi: berjanji dengan kawan untuk ke Broga Hills di Semenyih, Melaka dan makan di Burger Bakar abg burn..dibahagikan kereta dan segala plan telah dilakukan..

tengah hari: mesej from kak iman: 'MK 01 ada kekosongan. sapa nak pergi?' Allahuakbar.. adakah ini ujian dariMu? berbelahbagi.. antara MK dan Broga Hills.
lalu aku senaraikan kebaikan antara

MK(perkemahan):
meningkatkan semangat dakwah
ramai kawan
dekat dengan orang-orang yang mengingatkan kepada Allah

broga Hills:
alam mengingatkan tentang kebesaran Allah
dakwah
mengeratkan silraturrahim antara kawan-kawan

mengingatkan janji dengan kawan-kawan, tidak baik aku mungkiri.. lalu Broga Hills, aku datang!!

penjaran kekosong:
Niat!niat kerana Allah adalah penting. set niat untuk mendapat pahala. kalau tidak, sia-sia sahaja seperti debu-debu yang bertebangan.

pengajaran pertama:
pukul 2 pagi, aku bangun untuk bersiap-siap untuk ke Broga Hills. 2 pagi!! agak-agak, utnuk bangun qiam, semangat macam ni tak?? dush.. tersedar tahap mana aku letakkan dunia di hati.

pengajaran kedua:
dakwah di mana-mana. dalam kereta, doa dibaca dengan penuh kehambaan. Memohon Allah selamatkan perjalanan kami dan berkati perjalanan ini. sanagt bergantung kepada Allah pada ketika ini.

pengajaran ketiga:
di dalam kereta, cuba untuk tidak berkhayal perkara sia-sia. basahkan lidah dengan zikir walaupun di tangan tiada tasbih untuk mengingatkan.

pengajaran keempat:
kurangkan merungut.
Broga Hills jauh sangat la..kenapa tak tepi rumah ja. senang sikit jogging hari-hari!
gelap la jalan ni.patutnya tambah lagi lampu!
sejuk sangat la!
kasut kena beli baru ni.dah lama. kad siswa pun dah dapat!

kala ini, teringat
16. 7:10. Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.

astaqfirullah..

pengajaran kelima:
walaupun bersukan, pakaian perlu dijaga dan memenuhi kehendak syariat islam. ikhtilat perlu dijaga. malu dan berani perlu ada!!


 walaupun berendam kaki di pantai, perlu pakai stokin atau kalau tidak mahu pakai stokin, main air jauh daripada laki. Islam itu mudah. nak seribu daya tak nak seribu dalih.



pengajaran keenam:
jangan petik dan merosakkan alam kerana tumbuhan-tumbuhan ini berzikir kepada Allah


(At-Taghabun) 64:1 Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan dan bagiNyalah segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


pengajaran ketujuh
aku perlu semangat untuk ke puncak! yang jadi motivasi ialah 'kata nak jadi mujahidah untuk g palestin. mujahidah tak boleh lembik!' fuh.. go sharifah. palestin is wait for Nurse Sharifah.


pengajaran kelapan:
 ilmu fiqh itu penting.sampai ke puncak, kedengaran azan dan terdapat satu jemaah yang laksanakan solat subuh berjemaah. Allahuakbar!! Allah di mana-mana. hampir sahaja aku menitiskan air mata tapi segera dimatikan kerana rakan-rakanku meminta penjelasan kepadaku bagaimana untuk mengambil wuduk. tidak dijangka kerana kami jangka kami subuh di bawah. segera flash back apa yang pernah dibaca dan didengar. berbekalkan sebotol air mineral, kami bergilir-gilir mengambil air sembahyang. yang wajib dan sekali sahaja!alhamdulillah ada fungsi aku di situ. kemudian, kami solat tanpa kain telekung dan bersujudkan sehelai baju kerana kami solat di atas batu yang tidak rata. syarat-syarat solat jamak qasar juga perlu dititikberatkan!
selesai solat, kami menunggu sunrise
pengajaran kesembilan
ayat al quran dan hadis banyak menggunakan perkataan berkenaan alam semulajadi  seperti gunung-ganang, buih lautan, daun, pohon-pohon, ikan, matahari, bintang.

buih-buih di lautan:
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

“Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) 

“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15) 

“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan, Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).  (ar ra'd:2)

apabila menunggu matahari terbit, teringat hadis iantara tanda-tanda besar Qiamat ialah terbitnya matahari disebelah barat, iaitu disebelah matahari turun.kala itu, taubat tidak diterima dan tunggulah hari pembalasan!!


dan banyak lagi...

pengajaran kesepuluh
berbagai ragam manusia.  yang baik ambil pengajaran. yang buruk dijadikan peringatan untuk tidak berbuat sedemikian.


kesimpulan
Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

ayat di atas berbentuk perintah untuk berjalan di atas muka bumi untuk mengambil 'ibrah, pengajaran dan spirit.





pengajaran-pengajaran ini bukanlah untuk lebih kepada orang lain melainkan untuk diri saya sendiri. semoga Allah redha..

No comments:

Post a Comment