Monday, December 3, 2012

Mabit Daurah 01

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hujung minggu ini terisi dengan program Mabit(bermalam@ malam bina iman dan taqwa) Daurah yang diadakan di suran Ansar. Program ini dikelolakan oleh pelajar-pelajar  UIA Gombak.
selepas, solat maghrib dan isyak, kami bertaaruf dan makan di dalam talam..
kemudian disusuli dengan pengisian oleh ustaz Mohd Syahril yang bertajuk 'Malu'..

Malu
malu adalah perasaan yang dirasakan oleh fitrah kita sendiri.
malu juga adalah perasaan tidak senang apabila melalukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T
'Malu adalah salah satu cabang akhlak'
malu terbahagi kepada 2 iaitu malu kepada Allah dan malu kepada makhluk.
Malu kepada Allah bermaksud kita malu  apabila melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. selain itu, manusia juga malu apabila terlupa akan nikmat yang diberikan kepadanya.

Malu kepada makhluk terbahagi kepada 3 iaitu
1) malaikat-malu kepada malaikat ialah seperti menutup aurat apabila berada di dalam bilik air atau tandas
2) manusia- manusia perlu malu pada manusia yang lain dengan menjaga adab-adab seperti adab pergaulan.
3) diri sendiri- seseorang pelu malu pada diri sendiri seperti malu apabila tidak berusaha tetapi mengharapkan kejayaan.

hilang malu juga adalah tanda akhir zaman.
selepas ceramah, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk sesi LDK.alhamdulillah satu kumpulan dengan ira, azura, farah,,2 orang lagi tak ingat.. kak fasi adalah kak hidayah dari UIA. Di dalam LDK, kami tadabbur surah al Qasas dari ayat 22- 28
apakah pengajaran yang boleh kita kutip daripada ayat ini??
  
Ibrah dari surah al Qasas ayat 22-28
22:
Nabi Musa bergantung dan berharap hanya kepada Allah.
23:
Nabi Musa peka dan suka membantu orang yang berada dalam kesusahan. Nabi Musa bertanya “ apahal kamu berdua?” pertanyaan ini  direct dan terus; tidak berbunga-bunga. Perempuan itu juga menjawab kesulitan yang dialami  terus tanpa menggunakan ayat berbunga-bunga.
24:
Nabi Musa membantu perempuan tersebut lalu berdoa kepada Allah agar diberikan rezeki kepadanya. Di sini menunjukkan bahawa nabi Musa itu seorang yang bergantung harap pada Allah dan berdoa di mana-mana dan tidak kira masa.
25:
Perempuan itu malu kepada Nabi Musa. Seorang wanita yang beriman perlu mempunyai perasaan malu dalam dirinya terutamanya ketika berurusan dengan lelaki. Contoh yang kak hidayah cadangkan ialah semasa meeting. Semasa meeting, ikhwah haruslah berada di barisan di hadapan, manakala akhawat perlu berada di belakang. Seorang akan dilantik di kalangan ikhwah untuk mengetuai meeting. Sekiranya akawat mempunyai cadangan atau pertanyaan, beliau boleh menyuarakan dari tempat duduk beliau tanpa face to face  dengan ikhwah.Di sini juga menunjukkan Nabi Syuaib membalas jasa baik Nabi Musa. Nabi Musa menerangkan perkara sebenar apa yang berlaku pada dirinya. Apa yang berlaku?? Ayat sebelumnya menceritakan bahwa nabi Musa telah secara tidak sengaja menikam salah seorang penduduk kampungnya lalu beliau melarikan dirinya ke tempat lain.. Nabi Syuaib kemudiannya memberi jaminan bahawa Nabi Musa akan selamat. Motivasi sangat diperlukan oleh seseorang terutama ketika seseorang dilanda musibah atau kesulitan.
26:
Anak perempuan nabi Syuaib berani memberi cadangan kepada ayahnya. Kedua-dua sifat; kuat dan amanah adalah sifat yang perlu ada pada seseorang pekerja mahupun pelajar. Kuat tapi tidak amanh adalah sia-sia. Amanah tapi tidak kuat juga tidak cukup utnuk menjadi pekerja yang berkualiti.
27:
Nabi Syuaib memberikan pilihan kepada Nabi Musa untuk menentukan sama ada Nabi Musa ingin bekerja selama 8 tahun atau 10 tahun. Ini memberikan kebebasan dan tidak terlalu memberi tekanan kepada pekerja.
Selepas LDK, kami membaca Al Mulk kemudian diteruskan dengan wirid atau muhasabah diri. Kami diperdengarkan istiqfar dan wirid dan diminta untuk mengosongkan hati. Lampu juga ditutup.  Perasaan itu lain sekali kerana terasa diri sangat dekat dengan Pencipta.Sekitar pukul 12, kami bersedia untuk tidur dan akan bangun sebelum pukul 4.30 pagi. 

Syahdu
Pada pukul 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan istiqfar dan zikir yang dibacakan oleh seorang iman di surau tersebut. Ini sangat berkesan kerana tidak memerlukan jam loceng yang membuatkan surau menjadi bising. Malah, semua peserta bangun dengan tergesa-gesa dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk kerana takut akan ketinggalan qiam berjemaah. Tahajud 8 rakaat diimamkan oleh bebrapa ikhwah dan antara ayat yang dibacakan ialah Surau Nuh, dan  Taubah. Suasana hiba sepanjang solat kerana kedengaran esakan dari imam. Subhanallah.. Allahuakbar.. qiam ditutup dengan solat witir 3 rakaat. Setelah solat Subuh berjemaah, kami beriadah di dalm surau.aktiviti yang simple tapi cukup memberi kesan dalam diri teruamanya jangan malu bertanya nama, berusaha mengingati nama kerana itu akan membuatkan lebih kuat ikatan ukuwah.

Kesimpulan
Semoga kita sama-sama dapat mengekalkan rasa malu dalam diri dan sentiasa berdoa agar Allah mengekalkan rasa malu itu.  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.