Friday, December 20, 2013

The Professional Learning Facilitator Program.



The Professional Learning Facilitator Program.
By  Mohd Rizal Hassan
collaborated with Khalifah School, Ampang
‘Sapa yang angkat tangan dan jawab, akan dpt satu bintang.Klu 5 bintang, dpt gelaran Datuk, kalau 10 bintang, Tan Sri’
Wah.. smua semangat nak gelaran Datuk..maka ramailah yang berani angkat tangan.
Bilangan peserta kali ini tidak ramai tp lagi bagus sebab lebih bnyk perhatian yang dapat diberikan oleh Rizal.

Program ini dijalankan selama 2 hari tetapi saya hanya pergi sehari kerana ada program lain esok. Terkilan juga..
Bintang pertama yang sy dpt adalah kerana dapat memberi persamaan dengan rakan sebelah. Rakan saya adalah Hareezah. Apa persamaan kami? Orang utara, ambil nursing dan usrah yang sama. senang ja kan tapi tu pun kena perah otak juga.
Banyak la bintang yg dpt dikumpulkan.. Dari takut jadi confident(bukan takut vs berani ye). Sebab apa? kerana dorongan nak jadi Datuk.. J
Satu lagu method adalah kami tidak menepuk tangan jika ingin berikan tepukan tapi kamu ketuk meja.. Kerana apa? sebab lagi kuat!! lagi semangat.

Puji-puji-smash
Ini adalah satu method untuk menegur seseorang. Kenapa kena puji dahulu. Kerana manusia memang suka dipuji! fakta! Bila seseorang dipuji, telinganya membesar, hatinya terbuka maka bila kita smash(memberitahu solutionnya), maka tidaklah dia melenting. senang kan? Cara menegur
Salah: Rambut kau panjang tu.
Betul: Kalau kau potong rambut mesti segak.
Nampak tak? Terus ke solution.

Lilin
Kami dikehendaki membuat tangan ‘Bagus’. Kemudian diberikan scenario ‘Sekiranya hanya orang pertama sahaja yang mempunyai api di lilinnya, bagaimana orang tersebut mahu memastikan lilin2 kawan lain juga ber’api’’ Maka, cepat2 orang pertama pass kan api sampai ke orang terakhir. Dalam masa 2 minit juga la.  Keadaan ini sama seperti sikap memuji orang lain jika kita biasakan, maka orang lain akan ikut walaupun mungkin 2 tahun baru kita dpt lihat puji itu dibudayakan..makan masa yang lama untuk membawa perubahan.
‘Kemudian, cuba tiup api di lilin masing-masing’ . Tak sampai satu saat kan. Maksudnya, kalau nak buat keburukan, cepat saja..sekelip mata.

Jangan Mem’bagau’ kan diri( Stop Bangauing)!
Pernah dengar lagu bangau o bangau? apa isi lagu itu? bangau menyalahkan orang lain dan begitu juga seterusnya sampai ke sudah. sapa salah? katak?hujan? ular? semua dipersalahkan. Macam kita la. Kenapa adik kita teruk macam ni? sebab ibu ayah? guru? salah panggung wayang? salah tukang sapu ke? Marilah koreksi diri. Marilah muhasabah diri. Apakah salahku? Di mana salah aku mendidik adikku? Rakan-rakan, usahlah mem’bangau’kan diri.

Train vs Learn
Kami diberikan masa untuk berbincang apa bezanya train dan learn. Kenapa kami pelu berfikir? kenapa tidak terus Rizal beritahu jawapannya. Kan senang? Ini kerana kita PERLU berfikir. jangan diSUAP ja.. Panas~~(kibas telinga)
Train adalah one way. Contohnya: Sita train anjing beliau.( anjing tidak boleh membalas semula)

Learn adalah two way, Contohnya: Pemudahcara (fasilitator) Mereka berkongsi ilmu sambil itu mereka juga belajar. Ilmu perlu berkongsi kerana ilmu itu kan milik Allah.

Kepada Guru-guru di luar sana pilihlah untuk menjadi Pendidik / Learning Facilitator kerana anak-anak kami tidak memerlukan guru yang hanya GURU.

No comments:

Post a Comment