Tuesday, August 12, 2014

aktiviti Penganggur

Alhamdulillah tamat pengajian selama 4 tahun dengan izin Allah..

berkat doa mak abah..
atas dorongan rakan-rakan..
tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah..

sebelum tamat pengajian lagi dah tanya kwn2 'hampa nk buat apa lepas ni?'

'nak kerja tp nnt kena dtg balik utk research'
'nak kerja pam minyak kot'-ni tipu

dalam fikiran ada beberapa cadangan (ni pengalaman sendiri setelah sebulan di rumah)

1) Tolong abah niaga/ mak

tolong tak dapat gaji..tp ni dpt gaji..kira kerja jugak la kan.. setelah berniaga sebulan, dh gelap dan urat timbul di tangan..itu bukti meniaga bersungguh2.. ye la..barang2 yong tau foo tu berat..

hantar dan ambik mak dari meeting setiap jumaat.. lps meeting, dengar mak cerita tentang masalah kwn2 mak..kemas2 rumah, sental toilet, sidai baju, cuci rumah kucing.. tu pun exercise percuma..jadi, tak payah jogging bagai dah..tgh hari boleh la tido.boleh bagi alasan kat mak, penat pagi2 kemas rumah...

jaga sulaiman-ini part yg mencabar..aku diagnose dia mild hyperactive.symptoms suka tantrum, nak perhatian, buat perkara yg membahayakan diri dan orang lain, slow learner, cepat bosan, dan susah untuk menyelesaikan suatu tugasan.. kena banyak bersabar..dan orang yg paling sabar dalam family aku ialah abah aku...

mengajar dia ABC.. rasa terharu bila dia pandai sebut A-apple. B-ball, C-cat, C-horse, C- ambella(umbrella) dan seterusnya pun C..tak pa..tu pun dah terharu dah..dan dia selalu panggil 'kacik'(panggilan kak cik untuk aku)..selalu dia tny 'kacik buat apa' sampai 3 kali.. sebab bosan, aku plak tanya 'eman buat apa' ..sebelum dia tny aku, bek aku tny dia dulu...

perkara yg tak sempat untuk aku buat untuk dia ialah bacakan buku cerita untuk dia :( .. tunggu kak cik balik nnt na..

mengasuh shauqina..oh my..letih sgt sebab si comel ni nak tido kita dukung dan tepuk baru nak tido..plus, kita tak boleh duduk..kena jalan...wah, acik ko memang mak cik mithali..dah pulak kena bg susu guna syringe..tak mau susu botol...alhamdulillah banyak pahala mak cik sebab dodoikan kamu sambil berzikir.. sampai serak suara, baru kamu tido, mak cik pun tertido sekali..


2) belajar memasak

boleh check kat laman web kolej komuniti untuk kursus pendek dengan bayaran yang rendah..ada buat pastry, makanan barat dan macam2 lagi..
tp aku belajar kat rumah ja mostly dengan my sis. dia rajin masak..kata abang aku 'syokla mak goyang kaki ada org tolong masak'.. harusla..tu la untung ramai anak dara..

3) belajar menjahit

ni pun bleh check kat laman web kolej komuniti..hari tu pernah nak pergi tapi tersilap tarikh...lewat sehari...punah harapan nk belajar jahit baju kurung.. tp tercapai juga hasrat menjahit..jahit tudung untuk nak pergi sekolah pondok.. cincai ja janji boleh pakai.. dua helai siap..hitam dan coklat cair..kain bidang 60..sehelai rm14..kalau beli yang siap, rm30 sehelai...kak cakap 'hang ni memang kedekut'..well, bukan kedekut, ni nak practice la..lepas jahit tudung, dia plak nak try buat baju untuk shauqina..first time dia nak jahit...baru ag tau susah nak jahit ni..

model tudung yang comel ni..-shauqina
4) survey perihal perkahwinan

nanti dah kerja dah busy..tak boleh mengadap lap top nak survey barang2 kahwin..sekarang la waktunya...siapakn checklist, survey warna tema, design baju, veil, kad kahwin, catering, pelamin dan sebagainya.. siap ada buku khas lagi...*walaupun tak tahu bila nak kawin

survey persediaan kehidupan perkahwinan...banyak artikel yang dijadikan rujukan seperti page pak Utih, page theotherkhairul. blog otherkhairul ni untuk memahami makhluk yang bernama lelaki...dan buku yang bertajuk why venus and mars collide from john gray..ha..knp la lelaki dan perempuan ni kerap bergaduh..bila dgn geng perempuan ok ja..gumbira sentiasa..kena baca lah...
ceramah yang selalu aku dengar dalam kereta masa pergi dan balik niaga ialah prof muhaya..best sgt..rasa positive dan bahagia ja...terima kasih prof...lagi satu ceramah ialah dari yasir qadhi bertajuk what women need to know about men..satu lagi what men need to know about women. org yg nak kawin perlu tengok tau.. satu perkara yg aku selalu ingt iaitu pesanan dari ustaz nouman ali khan

 'org perempuan cuma perlu baca, dengar dan tahu tantang hak suami.begitu juga lelaki..lelaki kena ambil tahu tentang hak isteri...sebab, klu perempaun baca tentang hak isteri, dia nak tuntut hak dia ja kerja dia.begitu juga lelaki'(versi utara)
ha...dalam banyak2, ni ja yang aku ingat..ok la tu kanustaz ebit lew kata 'kalau dapat buat sekecil perkara pun, kita kena bersyukur'..alhamdulillah...

 blog2 aktiviti kanak-kanak dan homeschooling seperti muslim cottage dn page kak adlil rajiah,juga banyak dijadikan rujukan untuk future..ntah la hati ni sangat tertarik untuk homeschooling anak2..bila mengasuh sulaiman dan shauqina, aku seronok sangat mengajar, mendidik mereka.. tak dapat bayangkan bila orang lain(bibik atau pusat asuhan atau nursery) yang jaga. tak sama dengan ibu sendiri..kalau nenek jaga tak pa..berbesar hati sangat...macam mak aku jaga shauqina..sangat la protective..letak kelambu, pasang ubat nyamuk, dukung shauqina..alahai...ye la cucu sendiri..lagipun anak adalah aset yang penting di dunia dan akhirat..itulah amanah..itulah harta..dan itulah juga ujian bagi kita..kalau boleh tak mau hantar anak pi sekolah biasa..nak ajar dia di rumah..aku boleh ja ajar setakat sekolah rendah, menengah...tapi kena revise balik la sb dah lupa.. boleh siap belajar pharmaco lagi...ermmm...jangan terkejut kalau anak aku boleh cakap 'ibu, nak PCM syrup. temperature dah 39.8 degree Celsius. tolong buatkan tepid sponging boleh?'...*tak mustahil tau..nak bawa anak g pantai, hutan belajar tentang alam..bawak g niaga dengan tok wan untuk belajar susah nak cari duit..ermm...itu la impian aku..

5) belajar agama

ni dalam check list-to-do sebelum mati.. nak belajar agama secara tradisional seperti pondok..insya Allah 16/8/14 daftar.. pondok pilihan ialah pondok pasir tumboh kelantan.. dah call ustazah di situ... bagaimana aku bulatkan tekad untuk belajar pondok jauh dari family?? insya Allah next entry aku cerita ye..sekali dengan pengalaman di sana.

kalau tak mau p jauh2, p dekat2 pun boleh.. surau2 berlambak kuliah agama.hari2 pulak tu, ustaz best2...


 6) survey kerja kosong

hampa kan penganggur..wajar la survey kerja kosong...nanti dapat lesen nurse, boleh la apply terus.. jangan lupa update resume/CV anda. dok saja2, google la tips buat resume, tips temuduga..

sekian sahaja perkongsian perjalanan seorang penganggur...

lain-lain perkara boleh tengok di sini

http://akubukansuparmen.wordpress.com/2014/08/01/12-perkara-yang-kau-wajib-buat-wajibat-ketika-bujang/



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.