Tuesday, February 5, 2013

semua orang boleh jadi nurse..

assalamualaikum..

telah ditakdirkan tok(perempuan) aku di pahang telah jatuh dan patah tulang peha..dibuat operation di hospital temerloh dan kini tuk saya dibawa pulang ke rumah kami.. sepanjang tok sakit samaada di hospital dan di rumah, mak saya yang menjaga.. dia seperti seorang nurse..mandikan, ambilkan air sembahyang, tukar pampers, sembang-sembang, bagi ubat.. ya Allah, banyak hikmah di sebalik musibah ini..  semoga mak sabar dalam menjaga tok..

ya Allah,
ampunilah dosa ibu dan ayaku,
kasihanilah mereka,
berikanlah rammatMu kepada mereka,
gembirakanlah mereka ketika mereka berduka,
murahkanlah rezeki mereka,
berilah kecukupan kepada mereka,
berikanlah kepada mereka hidayahMu,


Ya Allah,
berikanlah kami kefahaman untuk mengenalMu,
mencintaiMu,
mencintai kekasihMu iaitu baginda Rasulullah S.A.W,
kumpulkanlah kami di syurgaMu,
jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu,
kabulkanlah permintaanKu ya Allah.

semua orang adalah sama .yang membezakan kita di mata Allah ialah TAQWA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.