Monday, November 26, 2012

usrah dengan tahun 1 Nursing

Assalamualikum..
Alhamdulillah hari Sabtu lepas, diadakan usrah dengan adik-adik nursing tahun 1. 4 orang adik-adikku yg comel telah datang usrah yang dirancang 2 hari sebelum kejadian. aini,fatin,ika, wani..tambah satu iaitu farah.. :) usrah ini dinamakan usrah Tautan Hati.. semoga Allah tautkan hati-hati kita dan dengan sebab ini, menjadi bukti persahabtan kita. kakak2 yang sebarisan juga turut hadir iaitu kak hareezah, kak diha, kak afa.. subhanallah..mereka tidak mendapat ganjaran apa2 pun, malah ada assingment yang perlu disiapkan tetapi disebabkan mahu berkongsi pengalaman, semua diletakkan di tepi, sedia mendaki tingkat 4 untuk bersama-sama meraikan adik-adik tahun 1.. usrah diadakan dari pukul 8- 10 pagi sangat meriah dengan makanan dan borak-borak...

menu:
bihun goreng dimasak oleh chef afa
kuih yang ditaja oleh kak diha
agar-agar laici oleh saya..

tiada pinggan..hanya talam yang digunakan..subhanallah..terasa hati-hati tertaut lalu meningkatkan selera makan..habis setalam bihun goreng..sedap sangat.. :)

untuk fatin, ni resepi agar-agar laici.

bahan-bahan:
3 cawan air 
satu tin laici
agar-agar 15 gram.(ni akak agak2 ja..) jangan banyk sangat sebab takut keras.
gula 3 sudu

cara-cara.
rendam agar-agar di dalam besen berisi air selama satu jam untuk melembutkan agar-agar. ini akan memendekkan masa rebus agar-agar.masak agar-agar di dalam kuali yang berisi air.. (kena rajin kacau ye) sementara itu, asingkan sirap laici dengan buah laici. carik buah laici.setelah cair agar-agar di dalam kuali,  msukkan sirap laici dan gula..dlm 3 minit, tutup api dan masukkan laici..msukkan agar-agar laici yang telah siap ke dalam bekas.tunggu setengah jam, kemudian masukkan ke dalam peti ais..

tak sempat tangkap gambar.,.sedih.. :(

itu sahaja..terima kasih
assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.