Sunday, November 25, 2012

datang lagi mabit 01..


Assalamualaikum…alhamdulillah kerana diberi kekuatan untuk menghadiri Mabit 01 yg bertajuk Hijrahku bukan Hijrah Biasa. tajuknya dah membuatkan hati tertaut. bertempat di pejabat IKRAM BTR, cheras. pengisian dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh ukhti awatif(maaf ukhti,namamu sgt unik..selalu lupa..) nak crita skit psl awatif..awatif ambil jurusan medic di USIM..umur 21 tahun..kita serupa..suka tgk awatif…tamat kisah awatif..
                Pengisian pertama adalah berkisar tentang hijrah nabi Muhammad S.A.W  dari Mekah ke Madinah.  segala puji bagi Allah saya dh study bab ni..
-credit to my bro sb paksa sy suruh dgr sirah ustaz jamaludin..actually, bila kita dengar orang cerita di kuliah-kuliah, itu lebih menguatkan ingatan kita instead kita baca..-

                Setelah menyusuri sirah ini, ia membuka mata dan minda kami kerana sirah bukan sekadar sirah..penuh dengan pengajaran dan tauladan yang boleh kita ambil. secara kesimpulan, hijrah nabi ini menunjukkan:
1.                   Fokus. Nabi Muhammad dan Abu Bakr fokus tentang tujuan hijrah ini iaitu  untuk menyebarkan islam.
2.                   anjakan paradigm.
3.                   ukhuwah. Kisah nabi Muhammad dan Abu Bakr di dalam gua Thur sudah cukup membuktikan kita tentang ukhuwah yang terjalin.  Ithar adalah melebihkan kawannya lebih dari diri sendiri. Itulah perkataan yang terbaik yang menerangkan persahabatan antara nabi Muhammad dan Abu Bakr
4.                   sabar dan tabah. Sabarnya Nabi Muhammad dan Abu Bakr menempuh perjalanan yang jauh.
5.                   Berkorban. banyak pengorbanan yang ditunjukkan dalam kisah ini. Salah satunya ialah Asma’ Bt Abdullah yang sanggup mendaki gua Thur yang berada di bukit dan terdiri daripada batu-batu.bukan rumput-rumput!. bahkan asma’ ketika itu mengandung dan ketika itu beliau sarat mengandung! bukan itu sahaja, beliau membawa makan menggunakan tali pinggang yang dibelah dua dan mengikat makanan itu di pinggangnya..
beliau juga pernah ditampar oleh seorang kafir quraisyh kerana merahsiakan perihal ayahnya. subhanallah..mari kita letak diri kita di situasi itu.adakah kita sanggup berkorban??apa yang menyebabkan beliau begitu gigih?? pastinya kerana iman yang tingg dan kerana didikan Abu Bakr. seorang ayah yang baik tidak akan membiarkan dirinya sahaja masuk syurga. Mereka berkorban dengan cara yang tersendiri. bagaimana kita? apa sumbangan kita untuk Islam?? adakah kita menyumbang apa-apa dalam Islam selama kita hidup 20 tahun ini?? adakah kita pamerkan akhlak yang baik??adakah kita hidup semata-mata untuk di dunia??mari kita tanya iman..
6.                   Strategi. kenapa perlu strategi?? bukankan Allah akan menyelamatkan baginda??boleh juga Allah terbangkan Rasulullah dan sahabat terus ke madinah.kenapa perlu menyusun strategi seperti menggunakan jalan yang lebih jauh untuk ke Madinah.  antara strategi yang digunakan ialah menyuruh Amir; pengembala kambing untuk melalui jalan yang dilalui oleh Abdullah Bin Abu Bakr . Abdullah ditugaskan untuk memberi maklumat tentang rancangan orang kafir musyrikin mekah kepada ayahnya dan baginda.  Kambing-kambing itu akan menutup jejak kaki Abdullah Bin Abu Bakr. Selain itu, Rasulullah juga mengupah Abdullah Bin Uwaikis;seorang kafir mekah yang bijak dalam selok belok jalan di padang pasir mekah.  Hebatkan kuasa strategi. ayuh, kita pun harus susun strategi..strategi berdakwah, strategi study, pengurusan masa.
7.                   kerana Allah. Ini penting . ia berkenaan dengan niat. Jika niat kerana Allah, semua perkara yang susah, menjadi indah. Ganjarannya pasti syurga.

Ayuh muhasabah diri 
cukupkah kita menghargai masa?
cukup ikhlaskah pekerjaan kita kerana Allah?
cukupkah kita mempelajari sirah?
atau hanya pelajari sirah tapi tidak mengambil ibrah dari sirah itu dan
apakah sumbangan kita pada agama Islam yang kita sayang ini???

malam itu, kami berqiam dan solat subuh secara berjemaah. setelah solat, ada tazkirah yang disampaikan berkenaan seorang sahabat nabi iaitu Hubaib b. Adi. setelah itu, kami bersalam-salaman dan saling taaruf ringkas. nama dan IPTA je.   Terima kasih pada USIM. semoga Allah redha. .

No comments:

Post a Comment