Friday, March 14, 2014

Gerontology posting

Assalamualaikum..

Bermula minggu posting, berakhirnya minggu kelas... posting geron yang sangat best sebab sgt relax.. satu jam perjalanan pergi dan satu jam lagi perjalanan balik.. jadi, ready la dengan mp3, buku, nota kuliah atau apa2.. kalau tak buat apa2 pun, zikir la..jangan la tidur..dh malam tadi tidur 8 jam, jangan la tidur lagi.. -_-

Posting geron melibatkan perahan idea2 program sepanjang anda hidup..dari kecik sampai la dah besar...apa2 ja aktiviti akan keluar..dari buat sampan sampai la main lawan pemadam -_-

Sebelum tu, tips di sri damansara.. Sila bawa telekung utk solat kerana tidak disediakan telekung ye.surau pun tak da telekung..dan bawa makanan masing2... dan jangan berat mulut suruh pak cik bas berhenti untuk korang beli cendol atau nasi kukus azizah yang sedap kat situ..tapi mahal la..rm6..
korang kena masak tau sebab nenek2 di situ nak makan..korang buat yang simple je contoh cekodok, cucur jagung, cucur udang...roti tak nak..diorng dah jemu... ada yg request spaghetti..kalau korang banyak duit, buat la.. -_- dan AMARAN keras, sila minta kebenaran nak guna apa-apa barang di situ contoh nak guna alatan senaman, nak gunakan makanan, periuk2 kat situ, tangga ka, tlg minta kebenaran ye.. kalau boleh, jgn masak di situ dan jgn gunakan makanan yg ada di situ..semua masak atau beli dari rumah..kalau nak guna pinggan dan cawan di situ boleh je..DAN apa2 aktiviti yang korang rancang, sila inform puan yg incharge di situ..update la hari-hari.. kalau korang patuhi tip-tips ni insya Allah korang disayangi Allah dan puan.. :)

kalau di sri petaling, sampai2 ja jangan blur sangat.. salam ja nenek2 kat situ..SEMUA ye..jangan pilih yang mukanya senyum je..yang tak senyum pun salam juga.. sebenarnya diorang suka kita datang..tambah2 kalau kita borak2 dengan diorang..siap bagi resepi ayam masak indonesia...sedap tuh..

balik pula dalam pukul 5 insya Allah sampai.. tapi mungkin lepas tu, korang akan ada meeting sampai pukul 7 sebab seiringan dgn program KKG..
Research pula jgn dilupa..alhamdulillah kumpulan kami yang pertama dapat kelulusan tanpa pembetulan langsung.. setelah dikaji kenapa, kemungkinan kerana bajet kami yang sangat2 harga runtuh...rm200+ sahaja..kalau buat pada sataff nurse, tidak boleh beri token ye..dah cut bajet utk token..bajet semata-mata untuk photostat borang soal selidik sahaja..jadi, dia pejam mata je la...ni kemungkinan je ye..

itu sahaja setakat ni...sekian

Monday, February 3, 2014

statistic punya cerita(test+exam)

Assalamualikum...

special dedicated to my cute juniors...i wrote this because i know that you will need this as a guidance to facing the exam..

test 1&2

Test 1 more to what is SPSS, scale of measurement penting sgt2.dia bagi contoh dan suruh kita nyatakan ni guna measurement apa.. lebih kepada soalan 'isi tempat kosong'..no calculation(kalau tak silap). ada pun dia bagi number banyak2 dan suruh cari mode, median, mean..sonang ja
 *tak guna pun formula

 Test 2
tips: please do example given in lecture note. soalan lebih kurang macam tu aja...ada 5 soalan. ada juga tny scale of mesurement. ada ANOVA, t-test, simple linear regression, pearson dan spearman.

exam:
exam sekali dgn research TAPI rasa mcm tertipu sebab total question was 30 question but research question only 6. the others was statistic. I was studying research(introduction, qualitative, quantitative, methodology, problem statement la) sampai kurang study statistics. statistic DOMINANT to this exam paper. sadis~~

pujuk hati ' tak pa..Allah tgk pada usaha'

kata hati: we learn research in classes just to guide us in our research. not for reading for passing the examination*facepalm.

*tertakluk pada perubahan. mana tahu mungkin korang lain sikit.

sekian terima kasih


Monday, January 20, 2014

Sistem

Sungguh, sistem memperbodohkan manusia dan merencatkan perkembangan ilmu...-citation from one of my friend.

Research memerlukan banyak pengorbanan..
Ia juga sesuatu yang membebankan, merugikan..
Bagi saya, ia merugikan..
Jika kajian hadis dan al quran, mungkin tidak rugi...
barangkali..
tapi, sahabat di kuliyah al-quran dan hadis juga mengeluh..
kerana sahabat yang tidak buat research lebih berkembang ilmunya
lebih luas pengetahuannya...

'ILMU adalah apa-apa yang membawa kita lebih dekat dengan pencipta kita'

'adakah ilmu nursing mendekatkan aku dgn pencipta?'...
monolog diri, menadah tangan, mohon diampunkan..

Community tips first day



Post-mortem project community

(khas untuk siapa yg ambil elektif community degree nursing tahun 4 )
 
-tempat: SMK Cheras
-tarikh:  20/1/2013
-masa: 9 pagi-12 tgh hari

-kebaikan: ceramah yang menarik( slide brgambar, kurng words), dpt sponsor makanan pelajar.

-kekurangan: kurang pelajar community(6 org shj)

-cadangan:
   -bila ada penceramah luar,       -pastikan tempat duduk penceramah ada
                                                    - air(dan gelas) dan makanan untuk penceramah
                                                    -ambil slide dan video dari penceramah sebelum hari kejadian.
                                                      back up sekiranya tak boleh buka lap top penceramah
                                                    - cenderamata plag tak perlu balut..buka ye
-sediakan lagu@video sementara menunggu penceramah dtg @ pelajar tengah makan
-bawa speaker(pembesar suara)
-bawa pendrive (stand by emergency)
 

sekian untuk first day. :)

Saturday, January 18, 2014

pesanan untuk adikku(1)

 keluarga kita adalah amanah...sebelum menegur rakan2 kita, elok kita menegur ahli keluarga yg terdekat kerana kita SAYANGkan mereka...sayang=apa2 yang membawa ke syurga...

peringatan saya kepada adik perempuan saya~~

my dear sis,
 janganlah jadi fitnah bagi lelaki,
 jagalah auratmu untuk suamimu nanti,
 biarla bajumu tidak berseri,
 biarla kawanmu cantik berseri,
biarla kawanmu ada kawan lelaki,
 biarla dianggap kolot oleh kawanmu nanti,
janganlah jadi orang yang rugi,
 kerana solatnya pahala tak diberi.

waspadala pada hasutan iblis yang dikeji,
sentiasa ingat akan mati,
sentiasa ingat balasan akhirat nanti,
di dalam kubur sendiri nanti,
bau tanah yang digali,
cacing dan cenkering menemani,
tiada abah, ibu, adik-beradik dan juga teman lelaki,
 hanyalah amalanmu yang menemani,
yang menentukan syurga ada nerakamu nanti.

from your beloved sister


second msg~`
 
P E N Y A K I T:
 sentiasa ingt 'lelaki ada penyakit di hatinya'..
 hanya yg benar beriman, yg dapat kawal penyakitnya...
 pada wanita, ada kecantikannya.
.sebab itu 'wanita hiasan dunia'.
.walaupun tanpa make-up, syaitan menmpakkan wanita itu indah di mata lelaki..
lenggoknya, pandangan matanya, susuk tubuhnya, suara lunaknya...
ini yg membuatkan lelaki 'membayangkan' wanita..
walaupun wanita itu berpurdah! kerana mereka LELAKI...
penuh dengan imaginasi dan bayangan..

WANITA, peliharalah diri kerana anda adalah FITNAH pada dunia..

Dari Usamah bin Zaid radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu alaihi wasallam bahwa beliau bersabda:

 مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فَتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Aku tidak meninggalkan satupun fitnah sepeninggalku yang lebih membahayakan para lelaki kecuali para wanita.” (HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 2740)

dan “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. (Al Isra :32)

astaqfirullah..
semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara keji dn mungkar...
coretan from ur sis to a sister that growing up..

p/s: waktu k.cik muda2, tak siapa nasihatkan...pada masa tu, pemikiran tak matang.. alhamdulillah sekarng, Allah bagi hidayah dan tiba masa utk k.cik menasihati adik2 ku; shafira dan sulaiman..



Malasnya...



Malam ni ada kelas Ustaz Emran ye, sha.

Insya Allah. Tp dlm hatinya tidak keruan. Malasnya.klu naik kereta kan lagi bagus.Mula timbul idea untuk tidak pergi tapi ah..pergi je la..ada niat lain di hati.

‘Allah..kenapa hati ni tidak suka akan majlis ilmu??Adakah kerana maksiat yang telah aku lakukan? Janganlah kau tarik nyawaku sebelum aku bertaubat’. Monolog Mariam sendirian. Sekiranya Ros dapat lihat hati Mariam, mungkin tidak diajaknya lagi ke kelas Ustaz Emran selepas ini.

‘Siapa yang mahu buku ni, kena jawab kuiz’. Kata Ustaz Emran sambil menunjukkan buku yang dibawanya. Selesai sudah kuliah ‘Mukhadimah Tafsir Al Quran’ oleh ustaz Emran untuk minggu ini. Buku berwarna pink dan tertera gambar seorng wanita bertudung tersebut berjudul  ‘Mengapa Istikharah Tidak Bejawab’. 

‘Apa beza iman dan harta?’ Masing-masing berfikir. Mariam sudah dapat jawapannya. Dalam hatinya berkira-kira hendak menjawab tapi malu hendak menjawab. Takut-takut jawapannya lucu lalu diketawakan oleh ustaz dan kawan-kawan. Huh.. ‘Biarla orang lain jawab,’ gutus hatinya.

Setelah sepi selama 2 minit, rakannya yang wajah bujur sirih dan berjubah hujau itu mengangkat tangan.  Jawabnya dengan tunduk tapi jelas suaranya.
‘Jika iman tinggi dan hanya takutkan Allah semata-mata, harta itu dipandang rendah olehnya. Begitu pula sebaliknya. Itu pendapat saya ustaz’. Katanya dengan berseungguh-sungguh.

‘Ok. Ambillah buku ni sebab kamu mencuba menjawab’. Ustaz menghulurkan buku pink tersebut. Malu-malu Ayu mengambilnya. 

Ustaz bedehem kecil. Membetulkan suara barangkali. Semua kelihatan tidak sabar untuk mengetahui jawapan ustaz. Setelah membetulkan duduk, ustaz memberikan pendapatnya, ‘Baik. Beza antara iman dan harta ialah harta boleh dilihat manakala harta tidak boleh dilihat’.

‘Wah, betul juga. Kenapa aku tak terfikir ya. Selalu aku malas berfikir. Kena belajar berfikir out of box lepas ni’. Mariam memarahi diri sendiri. Segera tumpukan perhatiannya kembali ke arah ustaz.

‘Allah pasti jadikan dua keadaan yang saling bertentangan……’

                Usai majlis, ‘Alhamdulillah, mak cik. Best sangat belajar tafsir.’…..
(tangan berhenti menaip, katil memanggil)

Tips research (2)

after presntation tips:

dari kwn2 dan dari pengalaman sendiri

-jangan buat tajuk SPIRITUAL...sebab WAJIB refer ethic.. 50/50 lepas...
-tolong la setiap kumpulan, ada satu rujukan senior tp ingat senior kita tak semestinya betul..at least, ada guide.
-study statistic(bayangkan nak exam statistic lg 2 hari) sebelum smpai chapter 3.(methodology)
-tips study statistic - study group dgn org yg RAJIN.., ambil nota mereka/ senior..
-siapkan slide presentation anda sekerang2nya sehari seblum presentation dan tunjuk pada sepervisor...
-RAJIN..baca journal .tapi tolong jangan abaikan ibadah2 lain.. peruntukkan masa baca journal tu, mmg baca journal shj..jgn sebelah2 tu msg fb dgn kwn plak... (diri sendiri buat..hehe)
-questionnaire- tlg la baca surat kebenaran yg dia bagi.. klu dia bagi mcm ni...mmg tak bleh tukar langsung even titik atau translate.. ada faham??
-itu sahaja dulu...bnyk2 nanti, takut plak korang tak nak buat research...anyway, sebelum baca journal tu, baca la bismillah, niat krn Allah, selawat... (tumpang pahala)