Saturday, January 18, 2014

Malasnya...



Malam ni ada kelas Ustaz Emran ye, sha.

Insya Allah. Tp dlm hatinya tidak keruan. Malasnya.klu naik kereta kan lagi bagus.Mula timbul idea untuk tidak pergi tapi ah..pergi je la..ada niat lain di hati.

‘Allah..kenapa hati ni tidak suka akan majlis ilmu??Adakah kerana maksiat yang telah aku lakukan? Janganlah kau tarik nyawaku sebelum aku bertaubat’. Monolog Mariam sendirian. Sekiranya Ros dapat lihat hati Mariam, mungkin tidak diajaknya lagi ke kelas Ustaz Emran selepas ini.

‘Siapa yang mahu buku ni, kena jawab kuiz’. Kata Ustaz Emran sambil menunjukkan buku yang dibawanya. Selesai sudah kuliah ‘Mukhadimah Tafsir Al Quran’ oleh ustaz Emran untuk minggu ini. Buku berwarna pink dan tertera gambar seorng wanita bertudung tersebut berjudul  ‘Mengapa Istikharah Tidak Bejawab’. 

‘Apa beza iman dan harta?’ Masing-masing berfikir. Mariam sudah dapat jawapannya. Dalam hatinya berkira-kira hendak menjawab tapi malu hendak menjawab. Takut-takut jawapannya lucu lalu diketawakan oleh ustaz dan kawan-kawan. Huh.. ‘Biarla orang lain jawab,’ gutus hatinya.

Setelah sepi selama 2 minit, rakannya yang wajah bujur sirih dan berjubah hujau itu mengangkat tangan.  Jawabnya dengan tunduk tapi jelas suaranya.
‘Jika iman tinggi dan hanya takutkan Allah semata-mata, harta itu dipandang rendah olehnya. Begitu pula sebaliknya. Itu pendapat saya ustaz’. Katanya dengan berseungguh-sungguh.

‘Ok. Ambillah buku ni sebab kamu mencuba menjawab’. Ustaz menghulurkan buku pink tersebut. Malu-malu Ayu mengambilnya. 

Ustaz bedehem kecil. Membetulkan suara barangkali. Semua kelihatan tidak sabar untuk mengetahui jawapan ustaz. Setelah membetulkan duduk, ustaz memberikan pendapatnya, ‘Baik. Beza antara iman dan harta ialah harta boleh dilihat manakala harta tidak boleh dilihat’.

‘Wah, betul juga. Kenapa aku tak terfikir ya. Selalu aku malas berfikir. Kena belajar berfikir out of box lepas ni’. Mariam memarahi diri sendiri. Segera tumpukan perhatiannya kembali ke arah ustaz.

‘Allah pasti jadikan dua keadaan yang saling bertentangan……’

                Usai majlis, ‘Alhamdulillah, mak cik. Best sangat belajar tafsir.’…..
(tangan berhenti menaip, katil memanggil)

No comments:

Post a Comment