Friday, December 12, 2014

10 kelebihan bekerja di nursery sebagai caretaker baby

Assalamualaikum..
Alhamdulillah lagi 2 minggu bakal berhenti kerja di nursery ini...
sedih ada..tp seronok lagi banyak dari sedih...apa bestnya sebagai  caretaker?

10 kelebihan bekerja di nursery sebagai caretaker baby..

1. Makanan banyak. mak-ayah budak ni pemurah..selalu je bagi makanan..tambah2 kalau ada hari jadi anaknya...murah rezeki kami. ada bagi subway, pisang goreng, nasi lemak, biskut..buah betik pun ada..ha~~

2. Bekerja dengan makhluk yang comel dan innocent. kadang2 stress jugak sebab budak2 nangis tp kita tak faham apa yang diorg nak..selalu stress 'apa yang korang nak ni sebenarnya?'.. ha....

3. Pengalaman..nanti kalau nak hantar anak kat nursery, tahu dh apa yang caretaker anak kita nanti suka dan tidak suka..kami ni kalau mak budak ok, anak dia kami sayang lebih sikit...macam tu~~terbongkar sudah

4. Banyak berzikir..sambil dodoikan budak ni, kami zikir la..budak pun lena ja..

5. Tahu tips macam mana nak handle budak yg hidung berdarah, yg terkena gigitan serangga, yg kembung perut, yang selsema dan batuk, yang chocking...berdasarkan pengalaman sendiri dan tunjuk ajak sifu2.

6. Boleh handle mana-mana budak di luar sana..(kononnya).. ye la..at least klu anak saudara nangis, kita tahu dia berak ka, lapar ka, ngantuk ka, kembung perut ka, tak selesa ka..

7. Tahu penyediaan susu dan makanan permulaan bayi (weaning diet). Ada mak2 ni steam carrot, epal..ada yang buat bubur letak sagu..ada yang bagi biskut segera.. dah tu macam mana nak bagi makan biskut tu yang comot-momot bila anak makan? tu pun kena belajar caranya..

8. Update dengan penyakit kanak-kanak contoh HFMD, bronchitis and pneumonia in baby, ubat yang tidak boleh diberikan pada bayi yang berumur 1 tahun ke bawah.

9. Tahu pampers yang mana ok, yang mana senang bocor, susu formula apa yang ada di pasaran, jenama baju budak yang cantik, botol susu yang mana yang selesa untuk bayi.

10. Membuatkan saya tiba-tiba mengalirkan air mata apabila melihat ibu dan ayah mereka yang sangattt ambil berat pasal anak masing2..ada yang sanggup sedut hingus anak sebab anak tak selesa sebab selsema, ada yang tak tidur sebab risau anak batuk, ada yang sanggup cuti kerja sebab anak sakit padahal dah hujung tahun,  banyak lagi... patutla Allah perintahkan supaya anak-anak wajib patuh pada mak ayah masing2..siapa yang derhaka/ malas berbakti/ berkira sangat/ kedekut pada mak ayah tu, tolong la pergi minta maaf pada mereka..tolong la ambil berat pada mereka..mereka sanggup korbankan nyawa mereka sekalipun untuk anda.. anda saja yang buta hati..

sebagai kesimpulan, setiap pekerjaan memberikan anda 1001 peluang dan pengalaman..tetaplah ikhlas dan niat kerana Allah setiap ketika anda bekerja..sentiasa selawat, baca basmalah dan zikir ketika kerja membuatkan anda kurang stress.. bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, kurangkan iri hati, mengeluh, mengumpat di tempat kerja.. dan rancanglah gaji anda sebaiknya...

terima kasih.. :)

No comments:

Post a Comment