Wednesday, October 8, 2014

Pondok Pasir Tumboh

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah dan  selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Selama sebulan menghilang diri..bukan membawa hati yg lara tapi mencari makna kehidupan.. Lari dari dunia luar yang menipu.. andai aku buta, pasti aku berpakaian serba hitam, tak mrngharapkan pujian manusia..yang aku ingin hanyalah keredhaan Allah..

Kehidupan di pondok berbeza sekali dengan kehidupan di luar. Ujian yg Allah bagi juga berbeza; wang ringgit, hati, barang hilang, rakan2, suasana yg sempit..
 kat sini, pondok adalah tempat letak beg, mandi, makan, masak. madrasah pula tempat tidur dan belajar kitab.perjalanan pondok ke madrasah wajib berpakaian lengkap(termasu purdah)

Bila balik dari pondok ramai org tny habis dah ke bljr??
jawapan: belajar sepanjang hajat..tak pernah habis..

best ke?
Jawapan: (rasa nak nangis). Best sangat.

Belajar apa?
jawapan: belajar kitab (tasawuf, tauhid, fiqh).. bkn sekadar itu tapi belajar tawakal pada Allah dan Allah saja tempat meminta tolong.

perempuan saja ke?
jawapan: ada muslimin(lelaki) tapi tak berjumpa pun(kecuali dengan ustaz).. tempat belajar tu bahagi dua..lelaki dan perempuan..di tingkat bawah, dipisahkan oleh tembok..lelaki dan perempuan..tingkat atas perempuan sahaja..ustaz berada di bahagian lelaki dan bercakap menggunakan microphone..jadi, muslimat di tingkat atas dan bawah boleh dengar kuliah..tak jadi masalah.

pakaian?
jawapan: muslimat(perempuan) diwajibkan  berpakaian jubah hitam polos, tudung labuh hitam( lebih paras pinggang dan lebih pusat), stokin hitam, purdah hitam..pakaian anda hendaklah ditulis nama.. nnt hilang..

cukup tak duit?
cukup..rezeki kita tak akan putus..walaupun tinggal rm4 je selama 2 minggu..malah, tak kebuluran pun. makan cukup je..

barang2 perlu utk dibawa?
-pakaian:lengan panjang dan kain untuk dipakai di dalam madarasah(tak boleh pakai seluar panjang), pakaian lengkap at least 2 pasang
-toiletries dan sabun basuh baju
-duit secukupnya..rm150 pun cukup(rm30 beli kitab, rm58 duit pondok sebulan)
- pen yg mata tajam..senang tulis atas kitab
-kalendar utk menghitung hari
-makanan ringan spt biskut, kopi, teh
-jam loceng utk bangun tidur
-telekung dan al quran dan buku sembahyang dan iqra'(klu tak tahu mengaji)

tak perlu dibawa:
-baldi sebab yang org wakaf tu bnyk..

yang penting, niat nak pergi belajar dan bila dah ada di sana sentiasa bersyukur kerana dipilih oleh Allah utk belajar di sana..

Sekian sahaja perkongsian..

assalamualaikum..

3 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.