Assalamualaikum...
Alhamdulillah...
Konvokesyen UKM ke-42..
pengertian konvokesyen kali ini pada saya..
-untuk keredhaan mak abah..Redha Allah terletak pada redha mak abah kan
-kalau ini dapat membuatkan mereka gembira dan bangga, sy sanggup lakukan walaupun sebelum ni berat hati nak pergi konvokesyen
-hati jadi sebak ketika para graduan dikehendaki tunduk hormat pada mak ayah
-baju jubah konvo tu layaknya mereka yang memakainya...
-merekalah yang banyak bekorban, siang malam berdoa, pemberi semangat, pemberi biasiswa..
pengalaman konvo:
-dalam peraturan yang diberi, dikatakan graduan perlu berkumpul di pintu B sebelum 1.30 ptg tp hanya dipanggil masuk pada pukul 2.30 ptg jadi anda sempat untuk solat dahulu..
-pada hari kejadian, hujan lebat membasahi UKM dan kami agak lambat sampai (pukul 12 tgh hari).parking telah penuh jadi, anda perlu parking di kawasan luar UKM(disediakan).
Tips: anda perlu bawa payung
-kalau nak senang, masuk ja kawasan ukm dan turunkan penumpang2 dan barang yg nak digunakan di hadapan dewan ukm. kemudian driver cari la kawasan untuk parking kenderaan.
-topi anda eloklah dipinkan di tudung menggunakan jarum peniti untuk elakkan dari jatuh.
-bawalah telekung anda sendiri krn kemungkinan kain sembahyang di masjid laku seperti pisang goreng panas.
-pemeriksaan pakaian akan dilakukan semasa anda berbaris sebelum naik ke pentas.
-anda diminta untuk membawa kad alumni (warna biru). kad ini fungsi untuk memaparkan nama dan gambar kita di skrin(anda tak perlu ikut nama/ turutan semasa berbaris di luar dewan)
-bawa kipas tangan kalau perlu sebab suasana akan jadi huru hara semasa di kawasan menunggu.
-akan dimulakan dengan perarakan VIP, lagu negaraku dan ucapan..(banyak ucapan)
-akan tamat lebih kurang pukul 6 petang
sekian sahaja untuk kali ini..belanja gambar sikit
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.