Tuesday, July 1, 2014

June...(OSCE)

Assalamualaikum...
alhamdulillah atas kurnian Allah yg infinity...org utara kata 'banyak gila'..

Bulan Jun ni banyak events yang special...sedih, suka, stress, 'do I care', benci kat orang, rasa nak makan orang, bahagia, dan macam2 lagi...

Syukur Allah bagi perasaan ni..kalau tak ada perasaan2 ni, mungkin macam tunggul kayu ja..tak syok la..

Latest event was OSCE. Tak tahu la nama penuh dia tp ini adalah exam kemahiran la. 30 % markah akan dikira..

Let's talk about before, during and after OSCE.

Before

Apakah gambar di atas?
Setiap kali nak OSCE, kan terbentuknya study group..bila study group, baru banyak idea dan selalunya yang study dalam kempulan tu yg ingt tu.ingat muka kawan dan gayanya sekali. Kali ini, bilik sy jadi port berlatih OSCE. kesian kena panjat tingkat 4. gambar di atas adalah CBD insertion. disebabkan tiada catheter, kami gunakan charger handset je.. Yang disposible  dressing set tu kawan yang ambik. setiap orang berpeluang untuk cuba sekali. set ini boleh digunakan untuk top and tail, dressing biasa, STO, trachestomy suctioning, Ryle tube insertion.

Alkisah sehari sebelum OSCE adalah kami dikehendaki menghantar research writing*pengsan. Sehari berkampung di bilik Prof. siap ada tikar lagi. Beberapa pertukaran berlaku. analysis data diubah. dah pulak co-supervisor dan supervisor bercanggah pendapat. kami tersepit nak ikut mana..last2 co supervisor buka kasut dan duduk sekali dengan kami dan ubah semula analysis data..bila tkar analysis data, discussion juga berubah.. ubah punya ubah dah pukul 5 petang(kena hantar sebelum 5 petang). appendix tak siap lagi, abstract kena tukar ke BM, print belum lagi.. 5.30 kedai dah tutup. sempat la print setengah.. still jgk tak dapat siapkan.. that is the stress level yang paling tinggi sampai kawan pun tegur. ntah ke mana prinsip 'do I care'. putus asa jadi peneman. yang pasti tu bukan dari syaitan(sebab bulan puasa). Itu adalah diri sediri. Kata-kata semangat dari teman dan keluarga, itulah jadi booster semangat.

Malam tu join study group di tengah2 jalan. (lewat 2 jam sebab printing). sampai pkul 1.30 pagi. total tido 3 jam only..  esoknya muka semua macam zombie.mata bengkak. sesungguhnya timing OSCE dan hantar research writing itu tak begitu cantik...

During
sebelum masuk OSCE tu, semua muka cuak. semua revise selagi belum kena panggil nama. ada group2 pulak tu. yang peliknya, budak2 peads(yang ambil module pediatric masa elective tahun 3) sangat menonjol pada hari tu. diorang yang banyak cakap...budak community mcm biasa..tadah ilmu dari otai2 sebanyak yang mungkin..

ada 10 station semuanya.satu REST. 
station pertama aku adalah trachestomy suctioning *muka cool, hati dah cuka gila... aku pernah jadi model OSCE utk senior tahun lepas. station ni jugak. perform ok tapi satu nombor pun tak terkeluar dari mulut. contoh: berapa lama nak suction, berapa lama had masa untuk suctioning. semua nombor2 tu semua dah terbang dari otak dan bercampu-campur dan menari dan terjun dalam tong sampah.. jadi, aku hentam je la. muka mmg tak confident.mesti puan kata 'aisyh, budak ni boleh ka jadi nurse. buat suctioning pun tak reti'. maaf semua lecturer.. saya gugup.. to all junior, please at least performed sekali masa practice OSCE.masa performed, cakap all information including sebab apa nak buat, positioning patient, lapik patient, duration, bila nak buat di oral and nasal, klu patient hypoventilate mcm mn then comfort patient dan documentation.

 station kedua.. ni la station yang aku gelak lepas keluar. ntah apa2 aku mengarut. TOP AND TAIL.. lupa nak buat cord dressing dulu ka  tukar pampers dulu ka, atau top and tail.. sebelum ni dah bincang dah.still lupa..

station ketiga.. Tengok ja dr zainah, terus rasa professional. kesilapan pertama aku ialah tak positioning baby... isyh... sebelum dan selepas tak position patient...after feeding, plese position baby at right lateral to reduce pressure to the stomach.

station keempat
Phototherapy. ni la station yang paling confident. KJ yang jaga sangat membantu...

station kelima
Fetal movement chart. ni pun station yang confident. sebab dah 3 kali revise dengan kawan2..pembantu pun sangat comel dn banyak tanya.

station keenam
psychotic drug-health education to family members. ni pun aku melalut banyak tp nasib baik junior yang baik hati tolong tunjukkan jalan yang benar.

station ketujuh
semua kawan2 akan stress lepas keluar station ni. CBD insertion. alhamdulillah walaupun kami practice guna charger phone sahaja, boleh la buat,tak langgar sterility. tu penting.

station kelapan..
ecg interpretation. station paling down skali sb tinggalkan kosong 2 tempat.lupa rhythm apa..frust tak dak kalkulator nak kira, terus tinggal kosong. depress sangat. ecg tersebut ialah sinus normal rhythm dan sinus bradycardia. dia tanya causes juga.

station kesembilan..
REST

station kesepuluh
vaccination.jangan lupa btau vaccine ni untuk apa. ajar mak pegang baby, stretch mucle, 90 degree(macam pegang pen) , bgtau TCA, side effect vaccine.



alhamdulillah group pertama. boleh balik awal.

after
Ready untuk presentation research lusa.

tips OSCE
-perform skills contoh suctioning, CBD insertion. PERFORM at least sekali sebelum hari kejadian.
-study group. paling cikai 2 hari sebelum hari kejadian.
-ingt betul2 setiap nombor. takut keliru nanti..
-banyakkan selawat dan mohon Allah permudahkan.


Good luck untuk junior.. :)
                                                      alhamdulillah.. *feeling blessed...




No comments:

Post a Comment