Assalamualaikum dan hai..
Kali ni nak kongsi tips bagi sesiapa yang nak belajar di
universiti tanpa pinjaman PTPTN.
Saya adalah salah seorng graduan UKM. Bachelor in
Nursing..Temph pengajian 4 tahun.
Ramai bertanya mengapa tak ambik PTPTN?
Jawapan saya..saya memang nak ambik dah hari tu tapi kena
surat pengesahan pendapatan. Abah saya seorng peniaga pasar malam. Banyak
proses..kena buat surat, kena minta pengesahan dari ketua penghulu yang tak tau
bila beliau ada di pejabatnya..kena pergi
PTPTN balik untuk serah borang..
jawapan abah: tak pa la. Tak payah ambik PTPTN.abah
tanggung..setiap minggu abah bagi duit. Yuran kumpul sikit2. Insya Allah boleh.
Saya terlebih lagi la suka. Secara jujurnya kami bukanlah
dari keluarga yang senang. Abah sahaja yang bekerja, menanggung lagi 4 orang
anaknya. Dengan izin Allah, sy dpt tamatkan pengajian saya selama 4 tahun tanpa
hutang yang banyak.. tetapi sy ada hutang PTPTN rm1500 kerana ambil duit wang
pendahuluan. Dengan azam yang tinggi, sy berazam untuk langsaikan hutang itu
selama 3 bulan berturut-turut.. kini, hutang itu berbaki rm700. Rm500 dari gaji
pertama saya sebagai staff nurse di KMC dan rm300 dari duit BRIM yg sy
dpt..alhamdulillah target lagi 2 bulan, hutang sy selesai.
Tetapi tips ini untuk yang belajar di IPTA sahaja kerana
IPTS yurannya sgt tinggi. memerlukan pinjaman juga. Melainkan anda mampu..
Antara tips untuk belajar di IPTA tanpa hutang PTPTN:
1.
Belanja haruslah secara berhermah. Hadkan shopping, berjalan2 tanpa arah, masak
sendiri, bersifat cukup dengan apa yang ada.kurangkan makanan mewah, minum air
masak berbanding air di kedai, jimatkan top up.
2.
Kumpul duit sikit2 untuk bayar yuran
3.
Minta ehsan dari mak dan adik beradik lain.
4.
Ada pendirian. Mula2 memang susah nak tolak
ajakan kawan2 tgk wayang, makan hebat2, jalan sini sana tp lama2 mereka akan
faham yang kita ni bukan senang nak diajak keluar. So, lepas tu mereka dah tak
ajak kita tp bila sekali kita setuju untuk keluar, bersedialah anda untuk dikagumi
oleh kawn2 anda..
5.
Jangan beli handset mahal.saya hanya pakai
handset yang boleh call dan boleh msg ja. Internet tak dak.. senang sebab
handset murah, tak risau pun kalau hilang ka, kalau nak letak kat mana2 pun
handset tu. Dah tu jimat pelan internet. Pakai lap top dan guna wifi free kat
kolej ja. Whatups ka instagram ka wechat
ka semua tak dak.memang orang kata kuno la.
6.
Lagi sempit kita masa tu, lagi banyak memberi..
Rajinkan diri buat solat Dhuha. Percaya pada rezeki yang Allah beri.
Apa yang sy dpt dari belajar 4 tahun tanpa pinjaman PTPTN?
1.
Hati yang tenang sebab nanti grad tak payah
fikir hutang.
2.
Kini sebahagian dari gaji saya boleh beri pada
mak abah sebab tak perlu byr pada org lain
3.
Saya dapat beli lap top baru jenama acer pada
semester ke 4 kerana lap top lama dah rosak.
4.
Lebih berusaha belajar dan tidak belanjakan wang
sesuka hati sebab fikir duit titik peluh abah
5.
Dapat belajar masak sebab kena banyak masak..nak
jimat kan
6.
Saya dapat ambil plan Takaful untuk diri sendiri
pada semester 5.
7.
Masa last
semester, ada duit lebih, boleh la jalan2.
8.
Percaya dan yakin pada Allah.
Bagi sesiapa yang ada niat dan azam untuk belajar di IPTA
tanpa hutang PTPTN, anda kena yakin anda boleh.