Malam ni ada kelas Ustaz Emran ye, sha.
Insya Allah. Tp dlm hatinya tidak keruan. Malasnya.klu naik
kereta kan lagi bagus.Mula timbul idea untuk tidak pergi tapi ah..pergi je
la..ada niat lain di hati.
‘Allah..kenapa hati ni tidak suka akan majlis ilmu??Adakah
kerana maksiat yang telah aku lakukan? Janganlah kau tarik nyawaku sebelum aku
bertaubat’. Monolog Mariam sendirian. Sekiranya Ros dapat lihat hati Mariam,
mungkin tidak diajaknya lagi ke kelas Ustaz Emran selepas ini.
‘Siapa yang mahu buku ni, kena jawab kuiz’. Kata Ustaz Emran
sambil menunjukkan buku yang dibawanya. Selesai sudah kuliah ‘Mukhadimah Tafsir
Al Quran’ oleh ustaz Emran untuk minggu ini. Buku berwarna pink dan tertera
gambar seorng wanita bertudung tersebut berjudul ‘Mengapa Istikharah Tidak Bejawab’.
‘Apa beza iman dan harta?’ Masing-masing berfikir. Mariam
sudah dapat jawapannya. Dalam hatinya berkira-kira hendak menjawab tapi malu
hendak menjawab. Takut-takut jawapannya lucu lalu diketawakan oleh ustaz dan
kawan-kawan. Huh.. ‘Biarla orang lain jawab,’ gutus hatinya.
Setelah sepi selama 2 minit, rakannya yang wajah bujur sirih
dan berjubah hujau itu mengangkat tangan.
Jawabnya dengan tunduk tapi jelas suaranya.
‘Jika iman tinggi dan hanya
takutkan Allah semata-mata, harta itu dipandang rendah olehnya. Begitu pula
sebaliknya. Itu pendapat saya ustaz’. Katanya dengan berseungguh-sungguh.
‘Ok. Ambillah buku ni sebab kamu
mencuba menjawab’. Ustaz menghulurkan buku pink tersebut. Malu-malu Ayu
mengambilnya.
Ustaz bedehem kecil. Membetulkan
suara barangkali. Semua kelihatan tidak sabar untuk mengetahui jawapan ustaz.
Setelah membetulkan duduk, ustaz memberikan pendapatnya, ‘Baik. Beza antara
iman dan harta ialah harta boleh dilihat manakala harta tidak boleh dilihat’.
‘Wah, betul juga. Kenapa aku tak
terfikir ya. Selalu aku malas berfikir. Kena belajar berfikir out of box lepas ni’. Mariam memarahi
diri sendiri. Segera tumpukan perhatiannya kembali ke arah ustaz.
‘Allah pasti jadikan dua keadaan
yang saling bertentangan……’
Usai
majlis, ‘Alhamdulillah, mak cik. Best sangat belajar tafsir.’…..
(tangan berhenti menaip, katil memanggil)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.