Tuesday, March 5, 2013

Mukhayyam

Alhamdulillah pada 2& 3 mac 2013, sy dan akhawat yg lain berjaya menamatkan sesi mukhayyam kali ini dengan tema Sayonara Jahiliyah. yang dikendalikan oleh mak cik2 yg sempoi..mak cik ani, cik ila, cik hanim.. rs secure dan disayangi sangat..

mcm biasa, peserta akan diberi tugasan.. kali ini tugasan ialah
1. hafal surah at taubah ayat 38 dan 41(menceritakan tentang jihad-sesuai dengan situasi di Lahad Datu)
2. hafal 2 hadis
3. habiskan juzuk 23

Ice Breaking
Mak cik Ani yg conduct. Cik ani merupakan seorng pelukis yang tidak kurang hebatnya dan beliau sangat happy go lucky. permainan dimulakan dengan berkumpul dlm kumpulan mengikut
1. Institut yang sama
2. Tempat lahir yang sama
3. Saiz kasut yang sama

kemudian kami duduk di dalam bulatan besar dan diberikan kertas lukisan dan pensel. kami dikehendaki melukis wajah diri sendiri. kemudian, kami diarahkan untuk melukis wajah seorang rakan.

ibrah:
- non judgemental sangat penting dalam satu perhubungan.
- mengenal seseorang adalah penting sebelum judge seseorang
- jika kita melihat seseorng dengan pandangan yg jelek, reflek diri bahawa kita sendiri tidak sempurna dan tidak baik sentiasa.





Jahiliyyah dan Ghazwatul Fikr
 istimewa dari Prof Harlina Siraj yang memulakan sesi dengan menyuruh kami meletakkan tanda nama di hadapan kami supaya mudah untuk beliau berinteraksi dengan kami. sesi yang sangat interaktif.
Apa itu Jahiliyyah: Jahiliyyah adalah "the state of ignorance of the guidance from God"
Ghazwatul Fikr : serangan pemikiran

kenapa kita perlu tahu tentang Ghuzwatul Fikr? supaya kita tidak menjadi golongan yang  diserang!
apakah 8 contoh Ghazwatul Fikr?
1. Pergaulan bebas
2. Eksploitasi wanita-wanita dijadikan model di dalam iklan(iklan cat pun kena wanita seksi)
3. Ekonomi-riba
4. Fesyen tidak menikut syarak
5. Hiburan yang melalaikan
6. Amalan syirik-tangkal, hantu
7. LGBT
8. Aspek rohani diketepikan- study lagi penting dari solat
9. Budaya vs Agama- adat yang diagung-agungkan sehingga menyusahkan
10. Sistem pemerintahan sekular

Prof  Har juga menceritakan pengalaman beliau ke Istanbul, kisah beliau yang jatuh cinta dnegan sejarah dan kisah Sultan al Fatih ketika kecil dan kisah peperangan beliau.

Badan Sihat Daie bersemanagat
Setelah explorace di tasik, kami disajikan perkongsian oleh kak aisyah yang berlatarbelakangkan study di Scotland. banyak pengalaman dan perbezaan yang dikongsi.
kak aisyah merupakan penulis blog Muharakah
antara perkara-perkara yang disentuh ialah:
- kenapa mak-mak cik sanggup menhabiskan masa hujung minggu untuk organise mukhayyam ini? kerana generasi mudalah yang bakal mentadbir negara
-apa persiapan nurse@ doktor jika berlakunya peperangan? knowledge(kepakaran dalam sesuatu bidang supaya dapat merawat tentera yang cedera)
-siapa yang comfirm masuk syurga? (nabi dan para syuhada)
-apa tanggungjawab dan peranan seorang akhawat dalam rumah tangga dan dakwah? (perempuan dikurniakan oleh Allah mempunyai bakal multitasking. masak sambil dengar ceramah, kemas rumah sambil dengar IKIM.)
kesihatan meliputi 3 aspek iaitu
1. Fizikal
2. Mental
3. Emosi

jadikan qailullah sebagai rutin untuk terus aktif hingga ke malam

Kesimpulan( dari peserta)
-Low expectation kalau berjumpa dengan orang kerana dengan ini, kita tidak akan kecewa.contoh: jumpa dengan doktor. tanya soalan tentang sesuatu disease. doktor tak tahu @ lupa. " eh. bukan korang belajar ke?"
 -ramai yang mencari agama di luar sana tetapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan atau menunggu someone approach

sekian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.