Solat Hajat 25 jan 12013
perkongsian dari tazkirah pendek majlis solat hajat tadi..
alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan dipilih oleh Allah utk
berjemaah bersama-sama dengan rakan-rakan seangkatan.. jelas tujuan
hanya untuk mengejar keredhaan Ilahi
-ramai/ berjemaah membawa kepada berkat dan makbulnya doa tersebut.
-antara sebab-sebab doa ditolak adalah kerana maksiat yang dilakukan.antaranya maksiat mata yang sangat susah untuk dijaga.
“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih
suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat
30,31)
ayat ni ayat suruhan kepada lelaki dan wanita
ye..jangan tengok aurat berlainan jantina. marilah kita bermujahadah
melawan nafsu..dush syaitan!! (*to syaitanss, padam muka kau)
-selain itu, perlulah kita menjaga makanan kita
'halalan toyyib'-halal dan baik
-pastikan makanan kita dari sumber yang halal dan baik untuk
kesihatan(jgn maggi dan 'burger bakar' hari2 ye. sebenarnya tak mampu
pun)
-info kesihatan: semasa memasak, garam hendaklah diletakkan ke
dalam masakan setelah api dipadamkan sebab menyebabkan banyak
penyakit(lebih saintifik, sila google sendiri ye!)
bab yang
terakhir yang membuatkan semua mata yang bulat jadi segar bugar-kepada
lelaki dan wanita bujang(tambah2 yg tahun 4 dan tahun 3) sebelum sambung
master, bleh la suruh mak ayah carikan.. jodoh tak datang
bergolek!!mari berusaha!
di sini saya ingin megambil kesempatan
untuk memohon maaf atas segala silap dan salah saya. Saya maafkan
kesalahan anda semua, kalau ada hutang, sila tuntut ye..
sekian dari wakil diri sendiri-
-moga Allah redha-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.