Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah kami diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk menghadiri satu benkel yang bertajuk Jom Kawin!
kami di sini terdiri drp
-cik hajar(23 tahun)
-cik hareezah(22 tahun)
-cik iera (22 tahun)
-cik sharifah(21 tahun) dan
-puan nadiah(23 tahun)
*puan pun nak menimba ilmu
Program dianjurkan oleh JK Baitul Muslim di bawah IKRAM Hulu Langat, kajang dan Sepang.
macam biasa akhawat mendominasi dewan berbanding ikhwah
program yang diadakan pada pukul 8 pagi di UKM bangi ini mendapat sambutan yang di luar jangkaan..alhamdulillah..
Peranan & Perancangan Dalam Pembinaan BM
Perasmian dan ucaptama diberikan oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin M. Yunos.
'kenapa perlu kawin?' ini soalan pertama beliau. ada seorang ikwah yang berani dan dengan bersemangatnya berkata 'ikut sunah'. kata Prof Hasan 'jangan skema sangat' ermm..gamat satu dewan.
Manusia yang normal mempunyai AKAL+ NAFSU.
Nafsu kita mempunyai butang ON dan OFF, volume tinggi, rendah.. bermaksud, kita mampu mengawalnya.
Allah juga menjadikan kita berpasang-pasangan
Yassin ayat 36;
“ Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,
baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun
dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Fitrah manusia dijadikan tertarik pada berlainan jantina.
tapi di dalam gerakan dakwah, ia ada kelainan kerana ia ada matlamat yang tidak kurang pentingnya iaitu 'cinta di atas perjuangan'.
Akhawat dan ikhwah sebaiknya mencari yang 'sekufu'
makna sekufu di sini membawa maksud yang berbeza. bergantung di mana kita letakkannya..
keturunan, harta, pendidikan, fizikal, minat dan sebagainya.
di dalam jemaah, ia penting bagi memastikan kelangsungan gerakan,tambahan pula jika ikhwah dan akhawat tersebut orang penting dan bersungguh-sungguh dalam gerakan dakwah.
Itulah peranan JK BM dalam usaha untuk menemukan akawat dan ikhwah di dalam 'circle' ini. namun begitu, kita merancang tetapi rancangan Allah mengatasi segalanya.
di dalam JK BM, keluarga sangat diutamakan keputusan dan pandangan mereka.
kerana merekalah yang menjaga, melahirkan, membesarkan malah merupakan wali kita..
maka mereka berhak berada bersama-sama untuk berbicang dan membuat keputusan.
kenapa sebelum kahwin, semua nampak indah, sampai berangan-angan tetapi selepas kahwin, rasa jemu, rasa menyampah?
ini kerana sebelum kahwin, syaitan telah memakaikan accessori mereka untuk menampakkan yang haram itu cantik. selepas kahwin, accessori2 itu ditanggalkan maka tinggallah yang genuine . sebab itu cegahlah bercinta sebelum kahwin!
Fiqh Muamalat oleh Ustaz Alias Othman
Ustaz Alias seorang yang sangat berpengalam dalam berkongsi pengalamannya. Mendengar perkongsiaan, tidak jadi tidur dibuatnya. Tidak kering gusi walaupun tajuknya fakta semata-mata. Bahasanya penuh puitis, berpantun, berbunga-bunga sehinggakan kami orang muda ter'delay' sebentar untuk memahami.
Kahwin adalah salah satu perkara yang perlu disegerakan selain daripada menguruskan jenazah dan solat.
Proses sebelum kahwin termasuklah
-ilmu
-mental
-fulus
-fisikal
-perancangan
Apakah kriteria dalam memilih pasangan?
“Seorang wanita dinikahi karena empat perkara: karena hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang
mempunyai agama, niscaya kamu beruntung.” [HR. Bukhari dan Muslim]
AGAMA..
Ustaz juga menyentuh tentang pertunangan. Pertunagan ialah seseorang lelaki itu menyatakan keinginannya untuk berkahwin
kepada wanita yang ingin dikahwininya itu dan wanita itu pula menerima
keinginan tersebut.
Dalam tempoh bertunang ini, lelaki perlu melihat wajah wanita yang dikahwininya itu supaya ia tidak menyesal apabila kahwin nanti. wanita yang berpurdah juga dianjurkan untuk menunjukkan wajahnya kepada tunangnya itu.
menurut ustaz kalau boleh cari yang ada cop brand IKRAM.
*susah ni
ada juga rupanya konsep booking jika tidak bersedia lagi..
tips daripada ustaz, 'akhawat ni tak payah hantaran tinggi sangat. yang penting tinggikan mas kawin. sebab mas kawin untuk pengantin perempuan sahaja'
tips yang paling diingati ialah BAHASA PINTU oleh lelaki dan BAHASA SINKI oleh wanita.. pikir-pikirkan... :)
Antara sunah dan Realiti
Dr Hafizah Mustakim sangat bersemangat orangnya. Setiap orang perlulah membuat persiapan sebelum kahwin antaranya psikologi, kewangan, kesihatan dan KUFU.
selalulah berdoa dengan surah al Furqan ayat 74.
'Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa'
Rumahtangga seperti laut. kadang-kadang tenang, sepoi-sepoi, bergelora dan boleh jadi taufan. itulah realiti.
adakah kita berlayar di laut menggunakan cruise ataupun hanya sampan?
kerana itulah kita perlu mempunyai persediaan dari segi jasad, fikrah, rohani, emosi dan sosial.
segalanya memerlukan perancangan seperti yang dianjurkan oleh nabi kita yang tercinta iaitu Rasulullah S.A.W
banyak lagi yang dibincangkan dan dikogsikan..
"wahai orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak
kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan
apa-apa yang tidak kamu kerjakan"(as-saff : 2-3)
sama-samalah kita membina individu muslim dengan bersungguh-sungguh sebelum melangkah ke tangga seterusnya kerana tangga yang lebih tinggi sebenarnya merupakan amanah yang sangat besar yang boleh mengubah dunia.
*antum dan antunna sekalian boleh la isi borang baitul muslim lepas ni kerana 31 ogos tahun depan akan diadakan majlis perkahwinan beramai-ramai dan kemungkinan wang yang diperlukan untuk walimah ialah rm2000 tak termasuk hantaran :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.