Sunday, December 14, 2014

Test di KMC

Assalamualaikum....
hari ni nak kongsi untuk jururawat yang nak apply KMC(kedah medical centre)

Saya baru sahaja buat test bertulis..belum IV..tak tahu la dpt ke tak IV..kenapa sy nak sgt KMC? sebab di kedah..sy nak menetap di kedah atau penang.. sebab satu lagi sebab KMC di bawah KPJ..

tapi kalau tak dapat atau lambat panggil, mungkin saya akan memburu pekerjaan di penang..penang lg dekat dgn kulim.. bahagianya~~

ok, first, hantar resume terus ke HR KMC...

bila dah dpt panggilan untuk test, sila bawa kalkulator, salinan semua dokumen..
sila google dokumen yang perlu dibawa semasa iv...sila fotostat sekali sijil LJM ye..sijil kokurikulum tak perlu fotostat..dokumen tak perlu disahkan pun..

masa dtg test, bawa kalkulator..lebih kurang 25 soalan adalah drug calculation...
apa yang perlu anda study?
-drug calculation
-CPR(ratio of circulation and ventilation in adult, children and infant)
-nursing diagnosis..ulangkaji balik..kot2 dah lupa..
-nursing intervention..contoh fever..
-care of patient with HFMD
-drug in emergency trolley
 -pertukaran unit contoh mg ke g

selalunya masa bebas kalau tak dak iv lepas tu..saya sejam dah siap..

sekian itu sahaja..good luck my friends..

Friday, December 12, 2014

10 kelebihan bekerja di nursery sebagai caretaker baby

Assalamualaikum..
Alhamdulillah lagi 2 minggu bakal berhenti kerja di nursery ini...
sedih ada..tp seronok lagi banyak dari sedih...apa bestnya sebagai  caretaker?

10 kelebihan bekerja di nursery sebagai caretaker baby..

1. Makanan banyak. mak-ayah budak ni pemurah..selalu je bagi makanan..tambah2 kalau ada hari jadi anaknya...murah rezeki kami. ada bagi subway, pisang goreng, nasi lemak, biskut..buah betik pun ada..ha~~

2. Bekerja dengan makhluk yang comel dan innocent. kadang2 stress jugak sebab budak2 nangis tp kita tak faham apa yang diorg nak..selalu stress 'apa yang korang nak ni sebenarnya?'.. ha....

3. Pengalaman..nanti kalau nak hantar anak kat nursery, tahu dh apa yang caretaker anak kita nanti suka dan tidak suka..kami ni kalau mak budak ok, anak dia kami sayang lebih sikit...macam tu~~terbongkar sudah

4. Banyak berzikir..sambil dodoikan budak ni, kami zikir la..budak pun lena ja..

5. Tahu tips macam mana nak handle budak yg hidung berdarah, yg terkena gigitan serangga, yg kembung perut, yang selsema dan batuk, yang chocking...berdasarkan pengalaman sendiri dan tunjuk ajak sifu2.

6. Boleh handle mana-mana budak di luar sana..(kononnya).. ye la..at least klu anak saudara nangis, kita tahu dia berak ka, lapar ka, ngantuk ka, kembung perut ka, tak selesa ka..

7. Tahu penyediaan susu dan makanan permulaan bayi (weaning diet). Ada mak2 ni steam carrot, epal..ada yang buat bubur letak sagu..ada yang bagi biskut segera.. dah tu macam mana nak bagi makan biskut tu yang comot-momot bila anak makan? tu pun kena belajar caranya..

8. Update dengan penyakit kanak-kanak contoh HFMD, bronchitis and pneumonia in baby, ubat yang tidak boleh diberikan pada bayi yang berumur 1 tahun ke bawah.

9. Tahu pampers yang mana ok, yang mana senang bocor, susu formula apa yang ada di pasaran, jenama baju budak yang cantik, botol susu yang mana yang selesa untuk bayi.

10. Membuatkan saya tiba-tiba mengalirkan air mata apabila melihat ibu dan ayah mereka yang sangattt ambil berat pasal anak masing2..ada yang sanggup sedut hingus anak sebab anak tak selesa sebab selsema, ada yang tak tidur sebab risau anak batuk, ada yang sanggup cuti kerja sebab anak sakit padahal dah hujung tahun,  banyak lagi... patutla Allah perintahkan supaya anak-anak wajib patuh pada mak ayah masing2..siapa yang derhaka/ malas berbakti/ berkira sangat/ kedekut pada mak ayah tu, tolong la pergi minta maaf pada mereka..tolong la ambil berat pada mereka..mereka sanggup korbankan nyawa mereka sekalipun untuk anda.. anda saja yang buta hati..

sebagai kesimpulan, setiap pekerjaan memberikan anda 1001 peluang dan pengalaman..tetaplah ikhlas dan niat kerana Allah setiap ketika anda bekerja..sentiasa selawat, baca basmalah dan zikir ketika kerja membuatkan anda kurang stress.. bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, kurangkan iri hati, mengeluh, mengumpat di tempat kerja.. dan rancanglah gaji anda sebaiknya...

terima kasih.. :)

Friday, November 14, 2014

Aku Pengasuh

Assalamualaikum..

Hari ini genap sebulan 2 minggu bekerja sebagai caretaker di putrajaya..

Sepanjang sebulan setengah ini, aku sangat bahagia dikelilingi bayi-bayi yang sangat comel, sangat naif..gelagat mereka buatkan kami ceria, ketaka dan stress..

STRESS juga jaga bayi..
aku nak anggap mereka seperti anakku sendiri tapi apakan daya hati tidak boleh menipu..
streessss kalau..
kalian tak mahu tidur..
main bakul sampah..
nangis tanpa henti dan meraung..
tak nak habiskan susu...membazir tau
kalian berak..

sehinggakan aku rasa nursery sepatutnya tidak perlu dibuka kalau semua ibu menjadi IBU di rumah yakni surirumah..

Ibu-ibu dan ayah-ayah anak-anak ini sebenarnya sangat kaya..apa salahnya sekiranya ibu menjadi IBU di rumah..

anda tidak boleh expect bahawasanya kami akan menjaga anak-anak anda seperti anda menjaga anak-anak anda...LAIN...

kami orang luar yang hanya diberi gaji untuk menjaga anak anda..
anda mengharapkan kami akan mendodoi anak sehingga dia tidur di riba kami sekiranya anak anda menangis??
TIDAK..
kami bukan menjaga seorang sahaja bayi..kami menjaga 13 orang bayi..boleh anda bayangkan? 

jika itu adalah anak kami, PASTI kami akan lakukan..
tapi 'aku' lakukan sehabis baik kerana aku lakukan atas dasar mengharapkan keredhaan Allah.. aku takut sekiranya Allah tayangkan semula perbuatanku di hadapan ibu ayah anak-anak ini..aku takut..

kesimpulannya:
janganlah anda expect terlalu tinggi kepada pengasuh anda kerana mereka juga manusia yang mempunyai perasaan amarah..jika anda benar-benar sayangkan anak anda, anda jaga dan peliharalah anak anda sendiri..itu lebih baik...

wallahu'alam.

Sunday, November 2, 2014

UKM konvokesyen

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Konvokesyen UKM ke-42..
pengertian konvokesyen kali ini pada saya..

-untuk keredhaan mak abah..Redha Allah terletak pada redha mak abah kan
-kalau ini dapat membuatkan mereka gembira dan bangga, sy sanggup lakukan walaupun sebelum ni berat hati nak pergi konvokesyen
-hati jadi sebak ketika para graduan dikehendaki tunduk hormat pada mak ayah
-baju jubah konvo tu layaknya mereka yang memakainya...
-merekalah yang banyak bekorban, siang malam berdoa, pemberi semangat, pemberi biasiswa..

 pengalaman konvo:

-dalam peraturan yang diberi, dikatakan graduan perlu berkumpul di pintu B sebelum 1.30 ptg tp hanya dipanggil masuk pada pukul 2.30 ptg jadi anda sempat untuk solat dahulu..
-pada hari kejadian, hujan lebat membasahi UKM dan kami agak lambat sampai (pukul 12 tgh hari).parking telah penuh jadi, anda perlu parking di kawasan luar UKM(disediakan).
Tips: anda perlu bawa payung
-kalau nak senang, masuk ja kawasan ukm dan turunkan penumpang2 dan barang yg nak digunakan di hadapan dewan ukm. kemudian driver cari la kawasan untuk parking kenderaan.
-topi anda eloklah dipinkan di tudung menggunakan jarum peniti untuk elakkan dari jatuh.
-bawalah telekung anda sendiri krn kemungkinan kain sembahyang di masjid laku seperti pisang goreng panas.
-pemeriksaan pakaian akan dilakukan semasa anda berbaris sebelum naik ke pentas.
-anda diminta untuk membawa kad alumni (warna biru). kad ini fungsi untuk memaparkan nama dan gambar kita di skrin(anda tak perlu ikut nama/ turutan semasa berbaris di luar dewan)
-bawa kipas tangan kalau perlu sebab suasana akan jadi huru hara semasa di kawasan menunggu.
-akan dimulakan dengan perarakan VIP, lagu negaraku dan ucapan..(banyak ucapan)
-akan tamat lebih kurang pukul 6 petang

sekian sahaja untuk kali ini..belanja gambar sikit






Wednesday, October 8, 2014

Pondok Pasir Tumboh

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah dan  selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Selama sebulan menghilang diri..bukan membawa hati yg lara tapi mencari makna kehidupan.. Lari dari dunia luar yang menipu.. andai aku buta, pasti aku berpakaian serba hitam, tak mrngharapkan pujian manusia..yang aku ingin hanyalah keredhaan Allah..

Kehidupan di pondok berbeza sekali dengan kehidupan di luar. Ujian yg Allah bagi juga berbeza; wang ringgit, hati, barang hilang, rakan2, suasana yg sempit..
 kat sini, pondok adalah tempat letak beg, mandi, makan, masak. madrasah pula tempat tidur dan belajar kitab.perjalanan pondok ke madrasah wajib berpakaian lengkap(termasu purdah)

Bila balik dari pondok ramai org tny habis dah ke bljr??
jawapan: belajar sepanjang hajat..tak pernah habis..

best ke?
Jawapan: (rasa nak nangis). Best sangat.

Belajar apa?
jawapan: belajar kitab (tasawuf, tauhid, fiqh).. bkn sekadar itu tapi belajar tawakal pada Allah dan Allah saja tempat meminta tolong.

perempuan saja ke?
jawapan: ada muslimin(lelaki) tapi tak berjumpa pun(kecuali dengan ustaz).. tempat belajar tu bahagi dua..lelaki dan perempuan..di tingkat bawah, dipisahkan oleh tembok..lelaki dan perempuan..tingkat atas perempuan sahaja..ustaz berada di bahagian lelaki dan bercakap menggunakan microphone..jadi, muslimat di tingkat atas dan bawah boleh dengar kuliah..tak jadi masalah.

pakaian?
jawapan: muslimat(perempuan) diwajibkan  berpakaian jubah hitam polos, tudung labuh hitam( lebih paras pinggang dan lebih pusat), stokin hitam, purdah hitam..pakaian anda hendaklah ditulis nama.. nnt hilang..

cukup tak duit?
cukup..rezeki kita tak akan putus..walaupun tinggal rm4 je selama 2 minggu..malah, tak kebuluran pun. makan cukup je..

barang2 perlu utk dibawa?
-pakaian:lengan panjang dan kain untuk dipakai di dalam madarasah(tak boleh pakai seluar panjang), pakaian lengkap at least 2 pasang
-toiletries dan sabun basuh baju
-duit secukupnya..rm150 pun cukup(rm30 beli kitab, rm58 duit pondok sebulan)
- pen yg mata tajam..senang tulis atas kitab
-kalendar utk menghitung hari
-makanan ringan spt biskut, kopi, teh
-jam loceng utk bangun tidur
-telekung dan al quran dan buku sembahyang dan iqra'(klu tak tahu mengaji)

tak perlu dibawa:
-baldi sebab yang org wakaf tu bnyk..

yang penting, niat nak pergi belajar dan bila dah ada di sana sentiasa bersyukur kerana dipilih oleh Allah utk belajar di sana..

Sekian sahaja perkongsian..

assalamualaikum..

Tuesday, August 12, 2014

Belanja gambar

mak abah..lps gambar ni, abah buat peace..comey kottt
sebelum
selepas: 




















































































shauqina has been 2 months...


  
ramai kata muka macam acu dia..
aku tak lena tidur dek menanggung rindu pada mereka
ATAU
kerana aku PENDOSA..
ATAU
kerana kedua2nya...

kakak jadiannnn..

Assalamualaikum..

nak cerita tentang kisah aku sebagai kakak dan adikku yang paling kecik ni

sulaiman, pinjam bulu mata bleh dak?
ni la adik aku...dia mild hyperactive...dia seorang yang sangat sensitif perasaan dia...

sulaiman seorang yang...

dia suka memberontak kalau tak dpt apa yg dia nak....
dia suka tanya 'buat apa tu?'
dia ckp bahasa alien...org len tak faham
dia sukaaaaaaa sgt abah
dia suka kata 'abah, jom Allahu akbar' bila azan
dia suka buat2 macam org nak azan
dia suka ajak nek van/kereta dan suruh buh minyak*sb stesen minyak ada mainan
dia pantang dengar tesco..abah akan kata 'tesco rosak'..dia akan kata 'tescho tak syak' (tesco tak rosak)

apa yang aku buat bila dia nak mengamuk?
-pandang mata dia dengan kasih sayang
-cakap dengan lembut dan guna ayat kanak2 dan ringkas dan pastikan ada 'na' dibelakang ayat..
contoh:  'pisau tajam.nanti sakit kena masuk hospital.'*buat muka sakit skit..
elakkan dari guna perkataan 'jangan', 'tak boleh' dan berikan alasan/ akibat kalau dia buat begitu.

-dan tanya dia soalan supaya meningatkan keyakinan diri dia
contoh: 'nanti kalau abah sakit, nak tak? sulaiman suka tak abah sakit?'  dia akan geleng...

-puji dia 'sulaiman pandai, baik kan'

-bagi dia permainan lain untuk alihkan perhatian dia.

insya Allah dia akan dengar cakap kita, kurang tantrum dan tenangkan hati kita kerana tak perlu bertekak dengan dia...

sesungguhnya semua anak-anak itu suci bersih hatinya...prof muhaya kata mereka ahli syurga..kalau kita mati belum tentu masuk syurga terus..mereka ni terus masuk syurga..sepatutnya kita yang perlu cium tangan mereka kerana mereka tidak ada dosa...
selalula berikan mereka peluk, cium, belaian, pujian..lemah lembut ketika memberi arahan, sabar dengan kerenah mereka,lihatlah mata mereka dengan kasih sayang, dengarlah bebelan mereka..
anggaplah itu hari terakhir dia ada bersama dengan kamu..

' 0-7 tahun, mereka adalah raja.segala permintaan mereka dipenuhi
8-14 tahun, mereka adalah hamba. kena beri hukuman jika buat salah
15 tahun ke atas, layanlah mereka seperti kawan..'-prof muhaya