Tuesday, August 12, 2014

kakak jadiannnn..

Assalamualaikum..

nak cerita tentang kisah aku sebagai kakak dan adikku yang paling kecik ni

sulaiman, pinjam bulu mata bleh dak?
ni la adik aku...dia mild hyperactive...dia seorang yang sangat sensitif perasaan dia...

sulaiman seorang yang...

dia suka memberontak kalau tak dpt apa yg dia nak....
dia suka tanya 'buat apa tu?'
dia ckp bahasa alien...org len tak faham
dia sukaaaaaaa sgt abah
dia suka kata 'abah, jom Allahu akbar' bila azan
dia suka buat2 macam org nak azan
dia suka ajak nek van/kereta dan suruh buh minyak*sb stesen minyak ada mainan
dia pantang dengar tesco..abah akan kata 'tesco rosak'..dia akan kata 'tescho tak syak' (tesco tak rosak)

apa yang aku buat bila dia nak mengamuk?
-pandang mata dia dengan kasih sayang
-cakap dengan lembut dan guna ayat kanak2 dan ringkas dan pastikan ada 'na' dibelakang ayat..
contoh:  'pisau tajam.nanti sakit kena masuk hospital.'*buat muka sakit skit..
elakkan dari guna perkataan 'jangan', 'tak boleh' dan berikan alasan/ akibat kalau dia buat begitu.

-dan tanya dia soalan supaya meningatkan keyakinan diri dia
contoh: 'nanti kalau abah sakit, nak tak? sulaiman suka tak abah sakit?'  dia akan geleng...

-puji dia 'sulaiman pandai, baik kan'

-bagi dia permainan lain untuk alihkan perhatian dia.

insya Allah dia akan dengar cakap kita, kurang tantrum dan tenangkan hati kita kerana tak perlu bertekak dengan dia...

sesungguhnya semua anak-anak itu suci bersih hatinya...prof muhaya kata mereka ahli syurga..kalau kita mati belum tentu masuk syurga terus..mereka ni terus masuk syurga..sepatutnya kita yang perlu cium tangan mereka kerana mereka tidak ada dosa...
selalula berikan mereka peluk, cium, belaian, pujian..lemah lembut ketika memberi arahan, sabar dengan kerenah mereka,lihatlah mata mereka dengan kasih sayang, dengarlah bebelan mereka..
anggaplah itu hari terakhir dia ada bersama dengan kamu..

' 0-7 tahun, mereka adalah raja.segala permintaan mereka dipenuhi
8-14 tahun, mereka adalah hamba. kena beri hukuman jika buat salah
15 tahun ke atas, layanlah mereka seperti kawan..'-prof muhaya


aktiviti Penganggur

Alhamdulillah tamat pengajian selama 4 tahun dengan izin Allah..

berkat doa mak abah..
atas dorongan rakan-rakan..
tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah..

sebelum tamat pengajian lagi dah tanya kwn2 'hampa nk buat apa lepas ni?'

'nak kerja tp nnt kena dtg balik utk research'
'nak kerja pam minyak kot'-ni tipu

dalam fikiran ada beberapa cadangan (ni pengalaman sendiri setelah sebulan di rumah)

1) Tolong abah niaga/ mak

tolong tak dapat gaji..tp ni dpt gaji..kira kerja jugak la kan.. setelah berniaga sebulan, dh gelap dan urat timbul di tangan..itu bukti meniaga bersungguh2.. ye la..barang2 yong tau foo tu berat..

hantar dan ambik mak dari meeting setiap jumaat.. lps meeting, dengar mak cerita tentang masalah kwn2 mak..kemas2 rumah, sental toilet, sidai baju, cuci rumah kucing.. tu pun exercise percuma..jadi, tak payah jogging bagai dah..tgh hari boleh la tido.boleh bagi alasan kat mak, penat pagi2 kemas rumah...

jaga sulaiman-ini part yg mencabar..aku diagnose dia mild hyperactive.symptoms suka tantrum, nak perhatian, buat perkara yg membahayakan diri dan orang lain, slow learner, cepat bosan, dan susah untuk menyelesaikan suatu tugasan.. kena banyak bersabar..dan orang yg paling sabar dalam family aku ialah abah aku...

mengajar dia ABC.. rasa terharu bila dia pandai sebut A-apple. B-ball, C-cat, C-horse, C- ambella(umbrella) dan seterusnya pun C..tak pa..tu pun dah terharu dah..dan dia selalu panggil 'kacik'(panggilan kak cik untuk aku)..selalu dia tny 'kacik buat apa' sampai 3 kali.. sebab bosan, aku plak tanya 'eman buat apa' ..sebelum dia tny aku, bek aku tny dia dulu...

perkara yg tak sempat untuk aku buat untuk dia ialah bacakan buku cerita untuk dia :( .. tunggu kak cik balik nnt na..

mengasuh shauqina..oh my..letih sgt sebab si comel ni nak tido kita dukung dan tepuk baru nak tido..plus, kita tak boleh duduk..kena jalan...wah, acik ko memang mak cik mithali..dah pulak kena bg susu guna syringe..tak mau susu botol...alhamdulillah banyak pahala mak cik sebab dodoikan kamu sambil berzikir.. sampai serak suara, baru kamu tido, mak cik pun tertido sekali..


2) belajar memasak

boleh check kat laman web kolej komuniti untuk kursus pendek dengan bayaran yang rendah..ada buat pastry, makanan barat dan macam2 lagi..
tp aku belajar kat rumah ja mostly dengan my sis. dia rajin masak..kata abang aku 'syokla mak goyang kaki ada org tolong masak'.. harusla..tu la untung ramai anak dara..

3) belajar menjahit

ni pun bleh check kat laman web kolej komuniti..hari tu pernah nak pergi tapi tersilap tarikh...lewat sehari...punah harapan nk belajar jahit baju kurung.. tp tercapai juga hasrat menjahit..jahit tudung untuk nak pergi sekolah pondok.. cincai ja janji boleh pakai.. dua helai siap..hitam dan coklat cair..kain bidang 60..sehelai rm14..kalau beli yang siap, rm30 sehelai...kak cakap 'hang ni memang kedekut'..well, bukan kedekut, ni nak practice la..lepas jahit tudung, dia plak nak try buat baju untuk shauqina..first time dia nak jahit...baru ag tau susah nak jahit ni..

model tudung yang comel ni..-shauqina
4) survey perihal perkahwinan

nanti dah kerja dah busy..tak boleh mengadap lap top nak survey barang2 kahwin..sekarang la waktunya...siapakn checklist, survey warna tema, design baju, veil, kad kahwin, catering, pelamin dan sebagainya.. siap ada buku khas lagi...*walaupun tak tahu bila nak kawin

survey persediaan kehidupan perkahwinan...banyak artikel yang dijadikan rujukan seperti page pak Utih, page theotherkhairul. blog otherkhairul ni untuk memahami makhluk yang bernama lelaki...dan buku yang bertajuk why venus and mars collide from john gray..ha..knp la lelaki dan perempuan ni kerap bergaduh..bila dgn geng perempuan ok ja..gumbira sentiasa..kena baca lah...
ceramah yang selalu aku dengar dalam kereta masa pergi dan balik niaga ialah prof muhaya..best sgt..rasa positive dan bahagia ja...terima kasih prof...lagi satu ceramah ialah dari yasir qadhi bertajuk what women need to know about men..satu lagi what men need to know about women. org yg nak kawin perlu tengok tau.. satu perkara yg aku selalu ingt iaitu pesanan dari ustaz nouman ali khan

 'org perempuan cuma perlu baca, dengar dan tahu tantang hak suami.begitu juga lelaki..lelaki kena ambil tahu tentang hak isteri...sebab, klu perempaun baca tentang hak isteri, dia nak tuntut hak dia ja kerja dia.begitu juga lelaki'(versi utara)
ha...dalam banyak2, ni ja yang aku ingat..ok la tu kanustaz ebit lew kata 'kalau dapat buat sekecil perkara pun, kita kena bersyukur'..alhamdulillah...

 blog2 aktiviti kanak-kanak dan homeschooling seperti muslim cottage dn page kak adlil rajiah,juga banyak dijadikan rujukan untuk future..ntah la hati ni sangat tertarik untuk homeschooling anak2..bila mengasuh sulaiman dan shauqina, aku seronok sangat mengajar, mendidik mereka.. tak dapat bayangkan bila orang lain(bibik atau pusat asuhan atau nursery) yang jaga. tak sama dengan ibu sendiri..kalau nenek jaga tak pa..berbesar hati sangat...macam mak aku jaga shauqina..sangat la protective..letak kelambu, pasang ubat nyamuk, dukung shauqina..alahai...ye la cucu sendiri..lagipun anak adalah aset yang penting di dunia dan akhirat..itulah amanah..itulah harta..dan itulah juga ujian bagi kita..kalau boleh tak mau hantar anak pi sekolah biasa..nak ajar dia di rumah..aku boleh ja ajar setakat sekolah rendah, menengah...tapi kena revise balik la sb dah lupa.. boleh siap belajar pharmaco lagi...ermmm...jangan terkejut kalau anak aku boleh cakap 'ibu, nak PCM syrup. temperature dah 39.8 degree Celsius. tolong buatkan tepid sponging boleh?'...*tak mustahil tau..nak bawa anak g pantai, hutan belajar tentang alam..bawak g niaga dengan tok wan untuk belajar susah nak cari duit..ermm...itu la impian aku..

5) belajar agama

ni dalam check list-to-do sebelum mati.. nak belajar agama secara tradisional seperti pondok..insya Allah 16/8/14 daftar.. pondok pilihan ialah pondok pasir tumboh kelantan.. dah call ustazah di situ... bagaimana aku bulatkan tekad untuk belajar pondok jauh dari family?? insya Allah next entry aku cerita ye..sekali dengan pengalaman di sana.

kalau tak mau p jauh2, p dekat2 pun boleh.. surau2 berlambak kuliah agama.hari2 pulak tu, ustaz best2...


 6) survey kerja kosong

hampa kan penganggur..wajar la survey kerja kosong...nanti dapat lesen nurse, boleh la apply terus.. jangan lupa update resume/CV anda. dok saja2, google la tips buat resume, tips temuduga..

sekian sahaja perkongsian perjalanan seorang penganggur...

lain-lain perkara boleh tengok di sini

http://akubukansuparmen.wordpress.com/2014/08/01/12-perkara-yang-kau-wajib-buat-wajibat-ketika-bujang/



Monday, July 21, 2014

Bukan Running Man

Assalamualaikum..

ya.. Bukan running man tapi running assessment ...

apa itu running assessment?
Running assessment adalah ujian dimana setiap pelajar akan  diberikan satu kes di ward untuk dibentangkan.

Running assessment:
-masa: 1 jam 30 minit. (30 minit untuk baca BHT dan 1 jam untuk rancang jagarawatan) + 20-30 minit untuk interview/ soal jawab)
-soal jawab itu dibuat oleh pensyarah/ pengurus/ ketua jururawat. soal jawab lebih kepada  present case(diagnosis, kenapa patient admit , previous hospitalization medication, BP yang terbaru, DM, HPT dah berapa lama, ) dan present jagarawatan yang kita rancang


tips:
- baca dan tulis dan ulang nursing care plan yang common. selalunya bila dah exam, semua jadi lupa.
-masa interview patient, hanya tanya macam mana boleh admit, apa masalah mak cik, ada sakit ka, tak boleh tidur ka(patient complaint), dan details yang tak tercatat di BHT.
-tengok trend vital sign dan SPO2 dan d/stix reading sepanjang patient admit ward, kalau patient ada antibiotik, ingat nama dan hari ke berapa)
-baca la common disease. (pathophysiology)
-banyakkan berdoa dan istiqfar dan selawat..

insya Allah anda mampu lakukan...
alhamdulillah tamat sudah pengajian formal degree di UKM...semua ini bukanlah atas usaha sendiri tapi dengan izin dan kekuatan yang Allah berikan..nikmat terbesar adalah dapat kenal Allah sebagai Tuhan.. Tawakal dan bergantung hanya pada Allah...
-jihad adalah berusaha bersungguh-sungguh...semoga pengajian ini dikira jihad di sisi Allah...semoga Allah mudahkan urusan adik-adikku... :)


Tuesday, July 1, 2014

Nasihat kepada Sang Pengantin

Nasihat kepada Sang Pengantin

June...(OSCE)

Assalamualaikum...
alhamdulillah atas kurnian Allah yg infinity...org utara kata 'banyak gila'..

Bulan Jun ni banyak events yang special...sedih, suka, stress, 'do I care', benci kat orang, rasa nak makan orang, bahagia, dan macam2 lagi...

Syukur Allah bagi perasaan ni..kalau tak ada perasaan2 ni, mungkin macam tunggul kayu ja..tak syok la..

Latest event was OSCE. Tak tahu la nama penuh dia tp ini adalah exam kemahiran la. 30 % markah akan dikira..

Let's talk about before, during and after OSCE.

Before

Apakah gambar di atas?
Setiap kali nak OSCE, kan terbentuknya study group..bila study group, baru banyak idea dan selalunya yang study dalam kempulan tu yg ingt tu.ingat muka kawan dan gayanya sekali. Kali ini, bilik sy jadi port berlatih OSCE. kesian kena panjat tingkat 4. gambar di atas adalah CBD insertion. disebabkan tiada catheter, kami gunakan charger handset je.. Yang disposible  dressing set tu kawan yang ambik. setiap orang berpeluang untuk cuba sekali. set ini boleh digunakan untuk top and tail, dressing biasa, STO, trachestomy suctioning, Ryle tube insertion.

Alkisah sehari sebelum OSCE adalah kami dikehendaki menghantar research writing*pengsan. Sehari berkampung di bilik Prof. siap ada tikar lagi. Beberapa pertukaran berlaku. analysis data diubah. dah pulak co-supervisor dan supervisor bercanggah pendapat. kami tersepit nak ikut mana..last2 co supervisor buka kasut dan duduk sekali dengan kami dan ubah semula analysis data..bila tkar analysis data, discussion juga berubah.. ubah punya ubah dah pukul 5 petang(kena hantar sebelum 5 petang). appendix tak siap lagi, abstract kena tukar ke BM, print belum lagi.. 5.30 kedai dah tutup. sempat la print setengah.. still jgk tak dapat siapkan.. that is the stress level yang paling tinggi sampai kawan pun tegur. ntah ke mana prinsip 'do I care'. putus asa jadi peneman. yang pasti tu bukan dari syaitan(sebab bulan puasa). Itu adalah diri sediri. Kata-kata semangat dari teman dan keluarga, itulah jadi booster semangat.

Malam tu join study group di tengah2 jalan. (lewat 2 jam sebab printing). sampai pkul 1.30 pagi. total tido 3 jam only..  esoknya muka semua macam zombie.mata bengkak. sesungguhnya timing OSCE dan hantar research writing itu tak begitu cantik...

During
sebelum masuk OSCE tu, semua muka cuak. semua revise selagi belum kena panggil nama. ada group2 pulak tu. yang peliknya, budak2 peads(yang ambil module pediatric masa elective tahun 3) sangat menonjol pada hari tu. diorang yang banyak cakap...budak community mcm biasa..tadah ilmu dari otai2 sebanyak yang mungkin..

ada 10 station semuanya.satu REST. 
station pertama aku adalah trachestomy suctioning *muka cool, hati dah cuka gila... aku pernah jadi model OSCE utk senior tahun lepas. station ni jugak. perform ok tapi satu nombor pun tak terkeluar dari mulut. contoh: berapa lama nak suction, berapa lama had masa untuk suctioning. semua nombor2 tu semua dah terbang dari otak dan bercampu-campur dan menari dan terjun dalam tong sampah.. jadi, aku hentam je la. muka mmg tak confident.mesti puan kata 'aisyh, budak ni boleh ka jadi nurse. buat suctioning pun tak reti'. maaf semua lecturer.. saya gugup.. to all junior, please at least performed sekali masa practice OSCE.masa performed, cakap all information including sebab apa nak buat, positioning patient, lapik patient, duration, bila nak buat di oral and nasal, klu patient hypoventilate mcm mn then comfort patient dan documentation.

 station kedua.. ni la station yang aku gelak lepas keluar. ntah apa2 aku mengarut. TOP AND TAIL.. lupa nak buat cord dressing dulu ka  tukar pampers dulu ka, atau top and tail.. sebelum ni dah bincang dah.still lupa..

station ketiga.. Tengok ja dr zainah, terus rasa professional. kesilapan pertama aku ialah tak positioning baby... isyh... sebelum dan selepas tak position patient...after feeding, plese position baby at right lateral to reduce pressure to the stomach.

station keempat
Phototherapy. ni la station yang paling confident. KJ yang jaga sangat membantu...

station kelima
Fetal movement chart. ni pun station yang confident. sebab dah 3 kali revise dengan kawan2..pembantu pun sangat comel dn banyak tanya.

station keenam
psychotic drug-health education to family members. ni pun aku melalut banyak tp nasib baik junior yang baik hati tolong tunjukkan jalan yang benar.

station ketujuh
semua kawan2 akan stress lepas keluar station ni. CBD insertion. alhamdulillah walaupun kami practice guna charger phone sahaja, boleh la buat,tak langgar sterility. tu penting.

station kelapan..
ecg interpretation. station paling down skali sb tinggalkan kosong 2 tempat.lupa rhythm apa..frust tak dak kalkulator nak kira, terus tinggal kosong. depress sangat. ecg tersebut ialah sinus normal rhythm dan sinus bradycardia. dia tanya causes juga.

station kesembilan..
REST

station kesepuluh
vaccination.jangan lupa btau vaccine ni untuk apa. ajar mak pegang baby, stretch mucle, 90 degree(macam pegang pen) , bgtau TCA, side effect vaccine.



alhamdulillah group pertama. boleh balik awal.

after
Ready untuk presentation research lusa.

tips OSCE
-perform skills contoh suctioning, CBD insertion. PERFORM at least sekali sebelum hari kejadian.
-study group. paling cikai 2 hari sebelum hari kejadian.
-ingt betul2 setiap nombor. takut keliru nanti..
-banyakkan selawat dan mohon Allah permudahkan.


Good luck untuk junior.. :)
                                                      alhamdulillah.. *feeling blessed...




Wednesday, June 18, 2014

Teknology dan Inovasi dalam Pendidikan

Assalamualaikum...

subject teknologi dan inovasi dalam pendidikan adalah subjek wajib bagi pelajar kejururawatan tahun 3. Di akhir sem, pelajar dikehendaki membuat satu inovasi dari bahan terpakai dan satu video(tugasan berkumpulan)...

dengan menggunakan ilmu seciput yang Allah bagi dan dari pengalaman buat video semasa di matrikulasi, inilah hasilnya...

Objektif adalah untuk memperingati diri sendiri tentang 10 muwasafat tarbiyah..

http://www.youtube.com/watch?v=13Q6xhev2n0

Sunday, May 25, 2014

Tolong Hospital..

Assalamualaikum....
 Saya nak ceritakan antara inovasi yang saya temui sepanjang posting management..

IV DRIP

Tahukah anda botol IV drip yang kosong itu banyak manfaatnya...

contoh.





Ini adalah botol IV drip(yang dah diguna habis) yg telah dipotong untuk dijadikan receiver ryle's tube aspiration... Ye la, selalunya aspiration itu dibuang di dalam domestic bin..
SEPATUTNYA
-di dalam clinical waste atau
-di dalam gallipot kemudian dibuang ke dalam clinical waste

SPLINT

                           sumber: Google

splint ni penting untuk pesakit yang ada IV line and tengah ada infusion..kadang2 drip/ infusion tak jalan sebab pesakit bengkokkan tangan...pesakit pula confuse atau tak faham 'pak cik, jangan bengkokkan tangan ye.air tak jalan nanti' -_-

jadi, kita boleh gunakan kotak yang dipotong cantik dan diikat di tangan sebegini rupo... insya Allah pak cik tak daya nak bengkokkan tangan dah..


sekian-