Assalamualaikum..
insya Allah 6 hb ni akan bertolak ke pasir gudang johor untuk program Khidmat Masyarakat.
apakah persediaan saya??
apa yang boleh saya sumbangkan kepada kawan-kawan dan Islam??
hanya satu difikiran iaitu ARTIKEL!!
lepas meeting, terus buka laptop..
paling susah ialah mencari gambar yang sesuai..banyak habiskan masa di situ..idea diambil dari artikel kelebihan solat jumaat oleh kak iman.. jazakumullahu khairan kathira kak iman..insya Allah sahamnya ada..
sesiapa yang hendak musafir beramai-ramai atau bersorangan, boleh jadikan ini sebagai panduan namun begitu perlulah menambah kefahaman dengan membaca dengan lebih lanjut tengtang solat jamak qasar. alhamdulillah kita dah didedahkan dengan rukun, syarat, maksud solat jamak dan qasar di sekolah jadi tidak menjadi satu masalah yang besar untuk mempraktikkan solat ini..
Tuesday, December 4, 2012
Monday, December 3, 2012
Mabit Daurah 01
Assalamualaikum..
Alhamdulillah hujung minggu ini terisi dengan program Mabit(bermalam@ malam bina iman dan taqwa) Daurah yang diadakan di suran Ansar. Program ini dikelolakan oleh pelajar-pelajar UIA Gombak.
selepas, solat maghrib dan isyak, kami bertaaruf dan makan di dalam talam..
kemudian disusuli dengan pengisian oleh ustaz Mohd Syahril yang bertajuk 'Malu'..
Malu
malu adalah perasaan yang dirasakan oleh fitrah kita sendiri.
malu juga adalah perasaan tidak senang apabila melalukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T
'Malu adalah salah satu cabang akhlak'
malu terbahagi kepada 2 iaitu malu kepada Allah dan malu kepada makhluk.
Malu kepada Allah bermaksud kita malu apabila melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. selain itu, manusia juga malu apabila terlupa akan nikmat yang diberikan kepadanya.
Malu kepada makhluk terbahagi kepada 3 iaitu
1) malaikat-malu kepada malaikat ialah seperti menutup aurat apabila berada di dalam bilik air atau tandas
2) manusia- manusia perlu malu pada manusia yang lain dengan menjaga adab-adab seperti adab pergaulan.
3) diri sendiri- seseorang pelu malu pada diri sendiri seperti malu apabila tidak berusaha tetapi mengharapkan kejayaan.
hilang malu juga adalah tanda akhir zaman.
selepas ceramah, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk sesi LDK.alhamdulillah satu kumpulan dengan ira, azura, farah,,2 orang lagi tak ingat.. kak fasi adalah kak hidayah dari UIA. Di dalam LDK, kami tadabbur surah al Qasas dari ayat 22- 28
apakah pengajaran yang boleh kita kutip daripada ayat ini??
Nabi Musa bergantung dan berharap hanya kepada Allah.
23:
Nabi Musa peka dan suka membantu orang yang berada dalam kesusahan. Nabi Musa bertanya “ apahal kamu berdua?” pertanyaan ini direct dan terus; tidak berbunga-bunga. Perempuan itu juga menjawab kesulitan yang dialami terus tanpa menggunakan ayat berbunga-bunga.
24:
Nabi Musa membantu perempuan tersebut lalu berdoa kepada Allah agar diberikan rezeki kepadanya. Di sini menunjukkan bahawa nabi Musa itu seorang yang bergantung harap pada Allah dan berdoa di mana-mana dan tidak kira masa.
25:
Perempuan itu malu kepada Nabi Musa. Seorang wanita yang beriman perlu mempunyai perasaan malu dalam dirinya terutamanya ketika berurusan dengan lelaki. Contoh yang kak hidayah cadangkan ialah semasa meeting. Semasa meeting, ikhwah haruslah berada di barisan di hadapan, manakala akhawat perlu berada di belakang. Seorang akan dilantik di kalangan ikhwah untuk mengetuai meeting. Sekiranya akawat mempunyai cadangan atau pertanyaan, beliau boleh menyuarakan dari tempat duduk beliau tanpa face to face dengan ikhwah.Di sini juga menunjukkan Nabi Syuaib membalas jasa baik Nabi Musa. Nabi Musa menerangkan perkara sebenar apa yang berlaku pada dirinya. Apa yang berlaku?? Ayat sebelumnya menceritakan bahwa nabi Musa telah secara tidak sengaja menikam salah seorang penduduk kampungnya lalu beliau melarikan dirinya ke tempat lain.. Nabi Syuaib kemudiannya memberi jaminan bahawa Nabi Musa akan selamat. Motivasi sangat diperlukan oleh seseorang terutama ketika seseorang dilanda musibah atau kesulitan.
26:
Anak perempuan nabi Syuaib berani memberi cadangan kepada ayahnya. Kedua-dua sifat; kuat dan amanah adalah sifat yang perlu ada pada seseorang pekerja mahupun pelajar. Kuat tapi tidak amanh adalah sia-sia. Amanah tapi tidak kuat juga tidak cukup utnuk menjadi pekerja yang berkualiti.
27:
Nabi Syuaib memberikan pilihan kepada Nabi Musa untuk menentukan sama ada Nabi Musa ingin bekerja selama 8 tahun atau 10 tahun. Ini memberikan kebebasan dan tidak terlalu memberi tekanan kepada pekerja.
Selepas LDK, kami membaca Al Mulk kemudian diteruskan dengan wirid atau muhasabah diri. Kami diperdengarkan istiqfar dan wirid dan diminta untuk mengosongkan hati. Lampu juga ditutup. Perasaan itu lain sekali kerana terasa diri sangat dekat dengan Pencipta.Sekitar pukul 12, kami bersedia untuk tidur dan akan bangun sebelum pukul 4.30 pagi.
Syahdu
Pada pukul 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan istiqfar dan zikir yang dibacakan oleh seorang iman di surau tersebut. Ini sangat berkesan kerana tidak memerlukan jam loceng yang membuatkan surau menjadi bising. Malah, semua peserta bangun dengan tergesa-gesa dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk kerana takut akan ketinggalan qiam berjemaah. Tahajud 8 rakaat diimamkan oleh bebrapa ikhwah dan antara ayat yang dibacakan ialah Surau Nuh, dan Taubah. Suasana hiba sepanjang solat kerana kedengaran esakan dari imam. Subhanallah.. Allahuakbar.. qiam ditutup dengan solat witir 3 rakaat. Setelah solat Subuh berjemaah, kami beriadah di dalm surau.aktiviti yang simple tapi cukup memberi kesan dalam diri teruamanya jangan malu bertanya nama, berusaha mengingati nama kerana itu akan membuatkan lebih kuat ikatan ukuwah.
Kesimpulan
Semoga kita sama-sama dapat mengekalkan rasa malu dalam diri dan sentiasa berdoa agar Allah mengekalkan rasa malu itu.

Ibrah dari surah al Qasas ayat 22-28
22:Nabi Musa bergantung dan berharap hanya kepada Allah.

Friday, November 30, 2012
izuman18
Assalamualaikum..
alhamdulillah assingment sudah siap..ada sedikit masa sebelum ber'aktiviti' di hujung minggu.
cuti adalah rehat..
adakah rehat bermaksud berada di rumah atau asrama??
kadang-kadang terfikir juga, pada waktu hujung minggu, kami kurang berada di asrama, bukan sepatutnya kita kena rehat ke?? tengok movie, tidur, blog walking ke, borak-borak atau jalan-jalan di masjid jamek ke..
teringat kata-kata amalina, best student SPM.. 'mahu mendapat result luar biasa, kena jadi orang luar biasa'
twringat kata-kata Imam al- Ghazali.. 'Berehat di rumah adalah satu kemaksiatan'
teringat kata-kaat Ustaz Hasrizal 'kena kurang SEPATUTNYA'
SEPATUTNYA cuti kena berada di rumah,
SEPATUTNYA cuti kena charge tenaga dengan tidur,
SEPATUTNYA cuti kena balik rumah tengok kucing kita sihat ke tak..
yes, kita kena kurang sepatutnya..itulah yang menjadi motivasi kepada saya untuk ber'aktiviti' di hujung minggu.. alhamdulillah roomate pun sentiasa ber'aktiviti' bersama..
antara aktiviti ialah usrah, mabit, daurah, mukhayyam, melawat adik Zaim, ber'organisasi', berblogging...
erm..nak promote satu blog ni..blog yang menyediakan koleksi ceramah-ceramah agama dari barisan ustaz2 ustazah2 yang popular dan berilmu....ni blog abang saya..
pernah dipromosikan oleh ustaz Abdul Basit..
selamat mendengar...

Monday, November 26, 2012
usrah dengan tahun 1 Nursing
Assalamualikum..
Alhamdulillah hari Sabtu lepas, diadakan usrah dengan adik-adik nursing tahun 1. 4 orang adik-adikku yg comel telah datang usrah yang dirancang 2 hari sebelum kejadian. aini,fatin,ika, wani..tambah satu iaitu farah.. :) usrah ini dinamakan usrah Tautan Hati.. semoga Allah tautkan hati-hati kita dan dengan sebab ini, menjadi bukti persahabtan kita. kakak2 yang sebarisan juga turut hadir iaitu kak hareezah, kak diha, kak afa.. subhanallah..mereka tidak mendapat ganjaran apa2 pun, malah ada assingment yang perlu disiapkan tetapi disebabkan mahu berkongsi pengalaman, semua diletakkan di tepi, sedia mendaki tingkat 4 untuk bersama-sama meraikan adik-adik tahun 1.. usrah diadakan dari pukul 8- 10 pagi sangat meriah dengan makanan dan borak-borak...
menu:
bihun goreng dimasak oleh chef afa
kuih yang ditaja oleh kak diha
agar-agar laici oleh saya..
tiada pinggan..hanya talam yang digunakan..subhanallah..terasa hati-hati tertaut lalu meningkatkan selera makan..habis setalam bihun goreng..sedap sangat.. :)
untuk fatin, ni resepi agar-agar laici.
bahan-bahan:
3 cawan air
satu tin laici
agar-agar 15 gram.(ni akak agak2 ja..) jangan banyk sangat sebab takut keras.
gula 3 sudu
cara-cara.
rendam agar-agar di dalam besen berisi air selama satu jam untuk melembutkan agar-agar. ini akan memendekkan masa rebus agar-agar.masak agar-agar di dalam kuali yang berisi air.. (kena rajin kacau ye) sementara itu, asingkan sirap laici dengan buah laici. carik buah laici.setelah cair agar-agar di dalam kuali, msukkan sirap laici dan gula..dlm 3 minit, tutup api dan masukkan laici..msukkan agar-agar laici yang telah siap ke dalam bekas.tunggu setengah jam, kemudian masukkan ke dalam peti ais..
tak sempat tangkap gambar.,.sedih.. :(
itu sahaja..terima kasih
assalamualaikum..

Sunday, November 25, 2012
home care dengan Alza..
hari ni bermulanya posting module homecare.. Secara summary,
not bad..mestila…setiap benda mensti ada kekurangan dan kelebihan. begitu juga
home care.
kelebihan:
·
berjalan(kurang berada di wad)
·
kenderaan yg osem(kereta Alza)
·
makanan tengah hari di luar
·
office hour
·
kerja habis awal
·
skill yang sama( insert CBD, Ryle’s tube dan
dressing sahaja)
·
banyak ilmu tentang health promotion
kekurangan:
·
kurang skill lain
banyak kelebihan daripada kekurangan. Staff nurse pun baik.
perkara yang ditakutkan berlaku.
“ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi
cabaran-cabaran ini. Sesungguhnya kaulah yang memberikan penyakit dan kaulah
penyembuh…”
saya sangat sensitive dengan bed sore atau luka yang besar.
itulah yang berlaku. hampir muntah disebabkan oleh bau yang sangat extreme.
sampai terbawa-bawa ke wad baunya..tapi Alhamdulillah masa makan, terlupa
sebentar peristiwa itu..itulah istimewanya nurse.. ini adalah sharing pamphlet untuk
health education kepada pesakit. semoga bermanfaat..
datang lagi mabit 01..
Assalamualaikum…alhamdulillah kerana diberi kekuatan untuk
menghadiri Mabit 01 yg bertajuk Hijrahku bukan Hijrah Biasa. tajuknya dah
membuatkan hati tertaut. bertempat di pejabat IKRAM BTR, cheras. pengisian
dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh ukhti awatif(maaf ukhti,namamu sgt
unik..selalu lupa..) nak crita skit psl awatif..awatif ambil jurusan medic di
USIM..umur 21 tahun..kita serupa..suka tgk awatif…tamat kisah awatif..
Pengisian
pertama adalah berkisar tentang hijrah nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah. segala puji bagi Allah saya dh study bab ni..
-credit to my bro sb paksa sy suruh dgr sirah ustaz
jamaludin..actually, bila kita dengar orang cerita di kuliah-kuliah, itu lebih
menguatkan ingatan kita instead kita baca..-
Setelah
menyusuri sirah ini, ia membuka mata dan minda kami kerana sirah bukan sekadar
sirah..penuh dengan pengajaran dan tauladan yang boleh kita ambil. secara
kesimpulan, hijrah nabi ini menunjukkan:
1.
Fokus. Nabi Muhammad dan Abu Bakr fokus tentang
tujuan hijrah ini iaitu untuk
menyebarkan islam.
2.
anjakan paradigm.
3.
ukhuwah. Kisah nabi Muhammad dan Abu Bakr di
dalam gua Thur sudah cukup membuktikan kita tentang ukhuwah yang terjalin. Ithar adalah melebihkan kawannya lebih dari
diri sendiri. Itulah perkataan yang terbaik yang menerangkan persahabatan
antara nabi Muhammad dan Abu Bakr
4.
sabar dan tabah. Sabarnya Nabi Muhammad dan Abu
Bakr menempuh perjalanan yang jauh.
5.
Berkorban. banyak pengorbanan yang ditunjukkan
dalam kisah ini. Salah satunya ialah Asma’ Bt Abdullah yang sanggup mendaki gua
Thur yang berada di bukit dan terdiri daripada batu-batu.bukan rumput-rumput!.
bahkan asma’ ketika itu mengandung dan ketika itu beliau sarat mengandung! bukan
itu sahaja, beliau membawa makan menggunakan tali pinggang yang dibelah dua dan
mengikat makanan itu di pinggangnya..
beliau juga pernah ditampar oleh seorang
kafir quraisyh kerana merahsiakan perihal ayahnya. subhanallah..mari kita letak
diri kita di situasi itu.adakah kita sanggup berkorban??apa yang menyebabkan
beliau begitu gigih?? pastinya kerana iman yang tingg dan kerana didikan Abu
Bakr. seorang ayah yang baik tidak akan membiarkan dirinya sahaja masuk syurga.
Mereka berkorban dengan cara yang tersendiri. bagaimana kita? apa sumbangan
kita untuk Islam?? adakah kita menyumbang apa-apa dalam Islam selama kita hidup
20 tahun ini?? adakah kita pamerkan akhlak yang baik??adakah kita hidup
semata-mata untuk di dunia??mari kita tanya iman..
6.
Strategi. kenapa perlu strategi?? bukankan Allah
akan menyelamatkan baginda??boleh juga Allah terbangkan Rasulullah dan sahabat
terus ke madinah.kenapa perlu menyusun strategi seperti menggunakan jalan yang
lebih jauh untuk ke Madinah. antara
strategi yang digunakan ialah menyuruh Amir; pengembala kambing untuk melalui
jalan yang dilalui oleh Abdullah Bin Abu Bakr . Abdullah ditugaskan untuk
memberi maklumat tentang rancangan orang kafir musyrikin mekah kepada ayahnya
dan baginda. Kambing-kambing itu akan
menutup jejak kaki Abdullah Bin Abu Bakr. Selain itu, Rasulullah juga mengupah
Abdullah Bin Uwaikis;seorang kafir mekah yang bijak dalam selok belok jalan di
padang pasir mekah. Hebatkan kuasa
strategi. ayuh, kita pun harus susun strategi..strategi berdakwah, strategi
study, pengurusan masa.
7.
kerana Allah. Ini penting . ia berkenaan dengan
niat. Jika niat kerana Allah, semua perkara yang susah, menjadi indah.
Ganjarannya pasti syurga.
Ayuh muhasabah diri
cukupkah kita menghargai masa?
cukup ikhlaskah pekerjaan kita kerana Allah?
cukupkah kita mempelajari sirah?
atau hanya pelajari sirah tapi tidak mengambil ibrah dari sirah
itu dan
apakah sumbangan kita pada agama Islam yang kita sayang ini???
malam itu, kami berqiam dan solat subuh secara berjemaah.
setelah solat, ada tazkirah yang disampaikan berkenaan seorang sahabat nabi
iaitu Hubaib b. Adi. setelah itu, kami bersalam-salaman dan saling taaruf
ringkas. nama dan IPTA je. Terima kasih pada USIM. semoga Allah redha. .
kenapa aku membuat blog??
assalamualaikum..
apa khabar semua??alhamdulillah aku sihat..alhamdulillah..segala puji bagi Allah sebab diberi kekuatan untuk menulis hari ni...kenapa aku membuat blog...ini boleh terbahagi kepada 2..
dahulu: aku nak buat duit..nak jual tudung,makanan, dan macam2..
kini: aku buat kerana Allah..
1)aku lihat susah untuk mendapatkan rujukan dalam bahasa melayu..aku sedang dalam module home care..jadi aku mencari2 pamphlet untuk diberikan pada pesakit di rumah..
biasanya orang kita susah nak faham bahasa inggeris dan ayat yang susah untuk difahami bagi masyarakat yang bukan medical..klu ayah kita pun tak faham kan??
2) sebab kedua ialah aku termotivasi dengan bengkel penulisan yang diadakan di UKM bangi.. aku tak pandai melukis, menulis, bercakap tp aku harus juga menggali potensi diri..aku perlu cari potensi diri itu supaya aku dpt menyumbang pada masyarakat dan Islam.aku harap blog ini boleh menjadi wadah@alat dan bukti di akhirat kelak...
3) sebab ketiga, aku mahu menunjukkan bahawa nurse @ misi juga boleh menjadi muslimah... banyak aktiviti yang kami ni iaitu pelajar kejururawatn terlibat..teruskan mengikuti blog ini untuk mengetahui aktiviti yang aku dan kawan2ku..

Subscribe to:
Posts (Atom)