Friday, November 14, 2014

Aku Pengasuh

Assalamualaikum..

Hari ini genap sebulan 2 minggu bekerja sebagai caretaker di putrajaya..

Sepanjang sebulan setengah ini, aku sangat bahagia dikelilingi bayi-bayi yang sangat comel, sangat naif..gelagat mereka buatkan kami ceria, ketaka dan stress..

STRESS juga jaga bayi..
aku nak anggap mereka seperti anakku sendiri tapi apakan daya hati tidak boleh menipu..
streessss kalau..
kalian tak mahu tidur..
main bakul sampah..
nangis tanpa henti dan meraung..
tak nak habiskan susu...membazir tau
kalian berak..

sehinggakan aku rasa nursery sepatutnya tidak perlu dibuka kalau semua ibu menjadi IBU di rumah yakni surirumah..

Ibu-ibu dan ayah-ayah anak-anak ini sebenarnya sangat kaya..apa salahnya sekiranya ibu menjadi IBU di rumah..

anda tidak boleh expect bahawasanya kami akan menjaga anak-anak anda seperti anda menjaga anak-anak anda...LAIN...

kami orang luar yang hanya diberi gaji untuk menjaga anak anda..
anda mengharapkan kami akan mendodoi anak sehingga dia tidur di riba kami sekiranya anak anda menangis??
TIDAK..
kami bukan menjaga seorang sahaja bayi..kami menjaga 13 orang bayi..boleh anda bayangkan? 

jika itu adalah anak kami, PASTI kami akan lakukan..
tapi 'aku' lakukan sehabis baik kerana aku lakukan atas dasar mengharapkan keredhaan Allah.. aku takut sekiranya Allah tayangkan semula perbuatanku di hadapan ibu ayah anak-anak ini..aku takut..

kesimpulannya:
janganlah anda expect terlalu tinggi kepada pengasuh anda kerana mereka juga manusia yang mempunyai perasaan amarah..jika anda benar-benar sayangkan anak anda, anda jaga dan peliharalah anak anda sendiri..itu lebih baik...

wallahu'alam.

Sunday, November 2, 2014

UKM konvokesyen

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Konvokesyen UKM ke-42..
pengertian konvokesyen kali ini pada saya..

-untuk keredhaan mak abah..Redha Allah terletak pada redha mak abah kan
-kalau ini dapat membuatkan mereka gembira dan bangga, sy sanggup lakukan walaupun sebelum ni berat hati nak pergi konvokesyen
-hati jadi sebak ketika para graduan dikehendaki tunduk hormat pada mak ayah
-baju jubah konvo tu layaknya mereka yang memakainya...
-merekalah yang banyak bekorban, siang malam berdoa, pemberi semangat, pemberi biasiswa..

 pengalaman konvo:

-dalam peraturan yang diberi, dikatakan graduan perlu berkumpul di pintu B sebelum 1.30 ptg tp hanya dipanggil masuk pada pukul 2.30 ptg jadi anda sempat untuk solat dahulu..
-pada hari kejadian, hujan lebat membasahi UKM dan kami agak lambat sampai (pukul 12 tgh hari).parking telah penuh jadi, anda perlu parking di kawasan luar UKM(disediakan).
Tips: anda perlu bawa payung
-kalau nak senang, masuk ja kawasan ukm dan turunkan penumpang2 dan barang yg nak digunakan di hadapan dewan ukm. kemudian driver cari la kawasan untuk parking kenderaan.
-topi anda eloklah dipinkan di tudung menggunakan jarum peniti untuk elakkan dari jatuh.
-bawalah telekung anda sendiri krn kemungkinan kain sembahyang di masjid laku seperti pisang goreng panas.
-pemeriksaan pakaian akan dilakukan semasa anda berbaris sebelum naik ke pentas.
-anda diminta untuk membawa kad alumni (warna biru). kad ini fungsi untuk memaparkan nama dan gambar kita di skrin(anda tak perlu ikut nama/ turutan semasa berbaris di luar dewan)
-bawa kipas tangan kalau perlu sebab suasana akan jadi huru hara semasa di kawasan menunggu.
-akan dimulakan dengan perarakan VIP, lagu negaraku dan ucapan..(banyak ucapan)
-akan tamat lebih kurang pukul 6 petang

sekian sahaja untuk kali ini..belanja gambar sikit