Thursday, March 20, 2014

Posting Gerontology Cheras Baru

Bismillahirrahmanirrahim

apa yang ada di Cheras Baru..

Conflict is everywhere,..itu adalah pelajaran yang saya dapat untuk minggu ni

Hari pertama di Cheras Baru adalah hari MENGETAHUI..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... kita tahu sedikit, sedikit dan sedikit sahaja..

Hari Pertama, kami diberikan orientasi dan dibawa ketempat aktiviti warga emas.. perkara pertama yang kami lakukan ialah menjerang air utk buat kopi -_-.. setengah dari kami mencuci lantai di dapur yang sangat wow keadaannya...bayangkan mereka memakai kasut didalam dapur.. dalam pukul 10, mula kelihatan beberapa warga emas yang datang..maka kami pun menyambut dengan senang hati dan menjamah makanan dengan senang hati..kemudian, kami gotong royong membuat bihun goreng..kami(student) yang potong bawang, bunga kubis, rendam bihun..warga emas?? duduk dan berehat...eh..ni pusat aktiviti student ke warga emas??ha...dah terbalik...

sepatutnya..
 biarkan mereka buat..kita tlg makan dan tlg sikit2 ja...
-bahagikan 2 kumpulan..setengah tlg masak di dapur, setengah buat aktiviti dengan warga emas di ruang tamu(chinese)..
-untuk pengetahuan korang, mereka terbahagi kepada 2 kumpulan..kumpulan ruang tamu(chinese) dan dapur(melayu)..
-jadi, hari kedua, korang kena fikir aktiviti yang mencampur gaulkan mereka agar mereka saling mengenali...ice breaking la..


Conflict..
conflict di sini timbul apabila makanan tak cukup
-mengikut en steven(penyelia), mereka akan buat aduan tentang makanan tidak cukup..adik2, sebenarnya warga emas hanya makan satu portion shj..yang lebih, selalunya mereka bawa pulang..itu tidak dibolehkan sama sekali kerana itu adalah duit perutukan dari kerajaan... jadi, mereka perlu bersyukur dan seharusnya menggunakan pusat aktiviti dengan mengadakan aktiviti sepatutnya..jangan datang semata2 utk memasak dan pulang..

Hari ke2
aktiviti start pukul 10 sebab ada TB screening. aktiviti dimulakan dengan senamrobik..buat la dalam 30 minit dan kalau boleh buat yang simple dan tidak menyusahkan atau complicated...practice dulu malam tu utk membuatkan anda yakin di hadapan..pastikan lap top ada bateri yg penuh sebab kat dewan tu tiada tmpt charge.. kemudian buat sekurang2nya 4 aktiviti..3 aktiviti ringan, 1 sukaneka... diorang ni sangat bersemangat..antara aktiviti yang kami lakukan ialah masukkan air dalam botol guna span, puzzle, teka binatang(radio rosak), bowling.

semoga kehadiran kita memberi sinar baru uttuk warga emas ini  terus aktif dan berkasih sayang antara satu sama lain..sekian-

Friday, March 14, 2014

Gerontology posting

Assalamualaikum..

Bermula minggu posting, berakhirnya minggu kelas... posting geron yang sangat best sebab sgt relax.. satu jam perjalanan pergi dan satu jam lagi perjalanan balik.. jadi, ready la dengan mp3, buku, nota kuliah atau apa2.. kalau tak buat apa2 pun, zikir la..jangan la tidur..dh malam tadi tidur 8 jam, jangan la tidur lagi.. -_-

Posting geron melibatkan perahan idea2 program sepanjang anda hidup..dari kecik sampai la dah besar...apa2 ja aktiviti akan keluar..dari buat sampan sampai la main lawan pemadam -_-

Sebelum tu, tips di sri damansara.. Sila bawa telekung utk solat kerana tidak disediakan telekung ye.surau pun tak da telekung..dan bawa makanan masing2... dan jangan berat mulut suruh pak cik bas berhenti untuk korang beli cendol atau nasi kukus azizah yang sedap kat situ..tapi mahal la..rm6..
korang kena masak tau sebab nenek2 di situ nak makan..korang buat yang simple je contoh cekodok, cucur jagung, cucur udang...roti tak nak..diorng dah jemu... ada yg request spaghetti..kalau korang banyak duit, buat la.. -_- dan AMARAN keras, sila minta kebenaran nak guna apa-apa barang di situ contoh nak guna alatan senaman, nak gunakan makanan, periuk2 kat situ, tangga ka, tlg minta kebenaran ye.. kalau boleh, jgn masak di situ dan jgn gunakan makanan yg ada di situ..semua masak atau beli dari rumah..kalau nak guna pinggan dan cawan di situ boleh je..DAN apa2 aktiviti yang korang rancang, sila inform puan yg incharge di situ..update la hari-hari.. kalau korang patuhi tip-tips ni insya Allah korang disayangi Allah dan puan.. :)

kalau di sri petaling, sampai2 ja jangan blur sangat.. salam ja nenek2 kat situ..SEMUA ye..jangan pilih yang mukanya senyum je..yang tak senyum pun salam juga.. sebenarnya diorang suka kita datang..tambah2 kalau kita borak2 dengan diorang..siap bagi resepi ayam masak indonesia...sedap tuh..

balik pula dalam pukul 5 insya Allah sampai.. tapi mungkin lepas tu, korang akan ada meeting sampai pukul 7 sebab seiringan dgn program KKG..
Research pula jgn dilupa..alhamdulillah kumpulan kami yang pertama dapat kelulusan tanpa pembetulan langsung.. setelah dikaji kenapa, kemungkinan kerana bajet kami yang sangat2 harga runtuh...rm200+ sahaja..kalau buat pada sataff nurse, tidak boleh beri token ye..dah cut bajet utk token..bajet semata-mata untuk photostat borang soal selidik sahaja..jadi, dia pejam mata je la...ni kemungkinan je ye..

itu sahaja setakat ni...sekian