Monday, February 25, 2013

sirih pulang ke gagang

salam..
mggu cuti berbaki lagi seminggu..
'sapa lagi yang pergi?'
'tak dak..org sorng ja..kwn lain tak p'
'awat hg nak p jugak? tak segan ka?'
'ermmm'

hati mula berbelah bagi..nak pergi atau tidak..kalau pergi, nak pergi mana dulu..nak daftar di mana..pelbagai persoalan menerjah..
hati berbisik 'pergi je la..kat sana dapat kawan baru'
hati bulatkan tekad..ceramah dari ustazah rohkiah perlu dihadiri..bak kata komen di fb, best ceramahnya..


sampai di KMPP, hati berbunga riang sejak masuk selekoh jalan lurus ke KMPP.. kami mencari-cari tempat pendaftaran..alangkah sedihnya, tidak ramai pun seperti sangkaan aku..perempuan hanya 4 orang.. itu pun setelah habis ceramah, ada lagi 2 orang..yang bestnya, sama batch dan sama kuliah!
kami pun berborak sampai pukul 2.. esok ada qiamullail..Alhamdulillah berbaloi pergi walaupun sehari..

ceramah ustazah sangat best..mentadabbur ayat 27 surah al anfal..tentang AMANAH..namun menyedihkan kerana pelajar KMPP sekililingku sibuk dengan gajet masing-masing; instagram, fb, twitter..sedih, sedih, sedih...

pagi tu jalan-jalan di KMPP dan makan roti canai di bawah jambatan di depan KMPP..sedap!

Ya Allah bantulah aku untuk menyumbang kepada pelajar KMPP ini..bantulah dan tunjukkanlah jalan kepada ku..









Friday, February 8, 2013

poster valentine

valentine bakal tiba.. saya ditugaskan untuk buat poster..ayuh 'perang poster'

lagi poster relaks dengan solat

edit dari artikel sebelumnya.. kenapa highlight kepada peniaga?kerana risalah ini sy berhajat untuk mengedarkan pada para peniaga.. saya juga peniaga..ayah saya, abang saya, kakak saya, pak teh saya, mak su saya..kami peniaga..alhamdulillah keluarga saya semua solat.. tp orang lain?? ramai.. terlalu ramai yang tidak solat..Allahuakbar..siapa yang memberi mereka rezeki??


"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
Q.S Hud : 6
  
saya sedih dan sering memikirkan macam mana cara nak ajak mereka solat? saya tak kuat untuk mengajak mereka solat..dakwah itu seni..jadi, dengan izin dan hidayah dari Allah, terhasillah artikel ini.. insya Allah saya dan kawan-kawan akan mengedarkan risalah ini di pasar malam yang berdekat agar dapat menyentuh hati-hati saudara seIslam ini untuk menunaikan solat..sesungguhnya solat itu perkara pertama yang dihisab di akhirat kelak..

Thursday, February 7, 2013

cannot sleep

first time minum nescafe sb ingatkan nak hbiskan stock(terbeli..rupanya nestle) minum pny minum, dgn izin Allah, tak boleh tidur..maybe excited sebab nak balik jgk setelah 2 bulan tak balik rumah..setelah mengulangkaji mental health module iaitu last exam untuk sem ini, inilah kerjanya

Tuesday, February 5, 2013

niat..

berapa orang yang sebelum pergi kerja, dia betulkan niat??

ayuh, kalau sudah buat, tahniah.
kalau belum, ayuh!
kita mulakan hari ini.
sebelum melangkah keluar rumah..

'bismillah..
Ya Allah, berikanlah cahaya di atasku, di bawahku, di depanku, disisiku, di pendengaranku, di penglihatanku dan dihatiku.sesungguhnya Kau pemberi cahaya'

selawat dan langkahlah dengan niat kerana Allah.
 untuk mengutip pahala,
untuk gembirakan orang lain dan
kurangkan cakap tentang diri.
banyakkan mendengar. Listen!
banyakkan istiqfar..


(tangan yang menaip lagi dekat dengan orang hati orang yang menaip. untuk diri sendiri juga)

semua orang boleh jadi nurse..

assalamualaikum..

telah ditakdirkan tok(perempuan) aku di pahang telah jatuh dan patah tulang peha..dibuat operation di hospital temerloh dan kini tuk saya dibawa pulang ke rumah kami.. sepanjang tok sakit samaada di hospital dan di rumah, mak saya yang menjaga.. dia seperti seorang nurse..mandikan, ambilkan air sembahyang, tukar pampers, sembang-sembang, bagi ubat.. ya Allah, banyak hikmah di sebalik musibah ini..  semoga mak sabar dalam menjaga tok..

ya Allah,
ampunilah dosa ibu dan ayaku,
kasihanilah mereka,
berikanlah rammatMu kepada mereka,
gembirakanlah mereka ketika mereka berduka,
murahkanlah rezeki mereka,
berilah kecukupan kepada mereka,
berikanlah kepada mereka hidayahMu,


Ya Allah,
berikanlah kami kefahaman untuk mengenalMu,
mencintaiMu,
mencintai kekasihMu iaitu baginda Rasulullah S.A.W,
kumpulkanlah kami di syurgaMu,
jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu,
kabulkanlah permintaanKu ya Allah.

semua orang adalah sama .yang membezakan kita di mata Allah ialah TAQWA.

Friday, February 1, 2013

exam year 3 sem 1

Alhamdulillah presentation nursing theory dan nursing informatic dah habis..bermulalah study week..
study week for only 3 days??what??ok la tu..tak payah lama-lama sebab tak sabar nak balik kulim. I miss my family so much.. 2 bulan stgh tak balik rumah..
my first study week is with my group members farah, lukman, kak pah, atiqah, ayu..they all are osem.. terima kasih semua.. insya Allah berkat doa kita dan usaha kita, kita akan peroleh kejayaan yang cemerlang..
BUT..
I always pray that kita kan peroleh kejayaan yang sebenar iaitu:

Jannah!!

Sebelum study, betulkan niat,  baca doa, dan mulakan dengan bersemangat.. tapi sebelum kami berkumpul, kami diberi tugasan masing-masing untuk dibaca,dan faham. sewaktu study group, orang tersebut perlulah menerangkan subject itu.. banyak sangat dapat.. prinsip kami, 'study bukan untuk lulus exam' ..

our presentation in nursing theory get no comment at all! komen juri, 'good, simple dan penerangan yang jelas' alhamdulillah... this is the most pressure time for me..
our nursing informatic pulak, we present only 10 minute instead of 20 minutes that given by lecturer.. I am simple person..
semoga Allah kira ini sebagai ibadah..
amin..